Sama seperti manusia, setiap haiwan dilahirkan dengan sikap dan ‘perangai’ masing-masing yang unik dan berbeza antara satu sama lain. Ada antaranya yang dilahirkan dengan sifat yang mesra dan ceria selalu, dan ada juga antaranya yang dilahirkan dengan sifat yang sebaliknya.

Bagaimanapun, disebabkan perbezaan inilah yang sebenarnya menjadikan setiap satunya unik dan tersendiri.

The Dodo/Facebook

Samson, seekor anjing yang pada mulanya dipelihara dengan tujuan sebagai anjing yang bertugas sebagai pasukan perkhidmatan perubatan bagaimanapun mempunyai ‘kecelaruan’ sifat dalam dirinya. Samson tidak pandai untuk bergaul dan bermain dengan rakan-rakan anjing yang ditemuinya. Tidak seperti anjing lain yang sangat mesra dengan anjing lain yang ditemui.

Walaupun Samson dibawa keluar oleh pemiliknya untuk berjalan-jalan di taman dan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain, Samson lebih selesa untuk berdiam diri di sudut dan hanya memerhatikan rakan-rakannya bermain.

The Dodo/Facebook

“Walaupun ketika Samson mempunyai masa terluang untuk bermain, Samson tidak faham bahawa pada waktu itu Samson boleh menjadi seperti anjing biasa,” kata pemiliknya.

Bagaimanapun, sesuatu telah terjadi apabila Samson terserempak dengan seekor kucing sewaktu Samson dan pemiliknya sedang mengembara. Watak Samson yang sebelum ini adalah tidak mesra tiba-tiba berubah menjadi teruja.

Situasi yang tidak dijangka ini semestinya telah membuatkan pemiliknya membuka mata, dan membuat keputusan untuk menjaga seekor anak kucing di dalam keluarga kecil mereka.

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

Beberapa bulan kemudian, pemiliknya membawa seekor kucing baharu, Cleo, untuk dijadikan rakan kepada Samson. Dan saat pertama kali Samson bertemu dengan Cleo, Samson tidak berhenti-henti menunjukkan rasa terujanya.

Samson sangat gembira dengan kehadiran rakan barunya!

“Kami tidak menyangka bahawasa Samson akan berasa teruja sehingga Samson tidak dapat mengawal dirinya sendiri,” kata pemilik Samson kepada The Dodo.

The Dodo/Facebook

Kehadiran Cleo dalam kehidupan Samson semestinya telah merubah segalanya pada Samson. Samson sangat menyayangi ‘adiknya’ itu sehingga Samson sanggup melakukan segalanya.

Cleo juga tidak malu untuk bermanja dengan Samson!

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

“Samson adalah anjing yang sangat besar dan Cleo adalah kucing yang sangat-sangat kecil. Jadi, hubungan antara keduanya menunjukkan bahawa persahabatan tidak mempunyai sempadan.

Sesiapa sahaja boleh dijadikan kawan,” kata pemilik dua haiwan yang comel ini.

Jelas sekali, Samson sebenarnya boleh berubah daripada anjing yang sentiasa serius kepada seekor anjing yang ceria dan sangat penyayang. Seperti kata pemiliknya, “ianya hanya perlu haiwan yang bertepatan.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular