Kita sering menonton video-video lucu harimau dengan gaya manja mereka yang mirip seperti kucing. Kadang-kadang walaupun mereka garang dan ganas tetapi mereka juga sangat manja sebenarnya. Mana tidaknya harimau dan kucing adalah datang dari baka yang sama dengan beberapa perbezaan yang tersendiri.

Apa yang menariknya kali ini ada seekor kucing yang sangat comel dan lain daripada yang lain. Apa agaknya yang membuatkannya lain? Apa lagi kalau bukan bentuk telinganya yang mirip dengan telinga harimau! Bunyinya seperti mustahil tetapi itulah keunikan kucing ini!

Si comel berwarna kelabu ini bukan sahaja unik dengan telinganya yang berlainan dengan kucing lain tetapi dia juga memiliki bentuk kepala dan mata yang lebih bulat. Sekali lihat sahaja pasti akan membuatkan ramai yang geram dengan kecomelannya yang luar biasa.

Tidak hanya itu, si kecil ini juga kelihatan sangat manja dan lembut. Walaupun bentuk muka dan telinganya mirip harimau tetapi dia tetap seekor anak kucing kecil yang manja sama seperti kucing lain.

Anak kucing kelabu ini mungkin memiliki sedikit perbezaan dari segi fizikalnya, namun dia tetap kucing paling comel abad ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular