Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu mendedahkan bahawa bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani telah dijangkiti virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19.

Giuliani yang turut merupakan peguam peribadi Trump, “telah diuji positif terhadap virus PKC. Segera sembuh Rudy, kita akan meneruskannya”, tulis Trump di Twitter.

Menurut Trump, Giuliani juga telah memimpin usaha undang-undang kempennya di beberapa negeri utama di AS.

“Dia telah berusaha tanpa lelah untuk mendedahkan pilihan raya paling korup (sejauh ini!) dalam sejarah AS”.

Trump walau bagaimanapun tidak menambah sebarang maklumat lanjut mengenai diagnosis virus PKC yang menjangkiti Giuliani yang berusia 76 tahun itu.

@realDonaldTrump/Twitter

Pada 6 Disember, Giuliani telah ditemuramah oleh Maria Bartiromo dari Foxs News dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

Dalam program tersebut, Giuliani merujuk pada video pengawasan State Farm Arena di Atlanta yang menunjukkan pegawai pilihan raya menarik bekas hitam beroda daripada bawah meja setelah pemerhati tinjauan dan pekerja pilihan raya dihantar pulang.

Pegawai pilihan raya negeri mengatakan bahawa proses itu bukanlah sesuatu yang pelik tetapi tidak menjawab soalan utama yang dikemukakan oleh pasukan Trump ketika mereka mengulas video tersebut pada sidang Badan Perundangan Georgia.

“Mereka menghabiskan sepanjang malam dengan mengira undi rahsia, jelas sekali ianya kertas undian palsu yang mengecualikan Republikan, Demokrat dan semua penguatkuasaan undang-undang”.

“Dan saya rasa ia berakhir apabila undian mencecah kira-kira 148,000 untuk Biden dan 7,000 untuk Trump”, kata Giuliani pada 6 Disember.

Peguam Presiden Donald Trump dan bekas Datuk Bandar Kota New York, Rudy Giuliani di ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Republikan di Washington pada 19 November 2020 (Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

Giuliani mengatakan badan perundangan “muak” dengan video dan tuduhan lain yang muncul semasa perbicaraan.

“Ini adalah peranan perlembagaan yang diberikan oleh Bapa Pengasas kepada badan perundangan kami”, katanya.

“Merekalah yang seharusnya memilih presiden, bukan gabenor dan bukan Dewan Pemilihan. Merekalah yang mempunyai kewajiban perlembagaan untuk memutuskan pemilih. Jadi di Georgia, mereka akan melakukan itu”.

Kira-kira sebulan sebelum Hari Pilihan Raya, Trump sendiri diuji positif virus tersebut dan menghabiskan beberapa hari di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed di Bethesda, Maryland, sebelum pulih.

Isterinya, Melania Trump dan anak lelaki mereka, Barron – serta pegawai White House yang lain – didapati positif virus itu pada waktu yang sama.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular