Selain gembira dapat bermain dan bermanja dengan haiwan kesayangan, menggayakan mereka dengan pelbagai jenis aksesori juga adakalanya agak menyeronokkan. Ada yang memberikan rantai nama di leher, ada pula yang meletakkan loceng supaya setiap pergerakan mereka diketahui.

Tidak cukup dengan itu, apa yang lebih menyeronokkan jika dapat mengenakan pakaian yang comel-comel. Ianya pasti akan membuatkan mereka teruja dan gembira!

Sama seperti anjing lain yang seronok jika digayakan dengan pakaian, anjing baka Shiba Inu bermana Manni ini juga nampaknya turut merasai pengalaman yang sama.

Tetapi kali ini tuannya bukan menggayakannya dengan aksesori atau pakaian biasa, malah dia dipakaikan baju hujan yang cantik! Tidak percaya? Lihat sahaja telatah comelnya dengan baju hujannya itu.

Semuanya bermula apabila tuannya lupa untuk membawa baju hujan untuknya. Ketika itu pula hujan turun dan Manni perlu ke luar untuk menggunakan tandas.

Pada masa itu tiada baju hujan yang boleh diberikan kepadanya jadi tuannya hanya menutup tubuhnya dengan menggunakan beg plastik.

Melihat keadaannya yang berbalut beg plastik membuatkan Manni tidak gembira. Manni kelihatan sangat kecewa kerana hanya dipakaikan dengan beg plastik sahaja.

Reaksi wajahnya yang menunjukkan tidak berpuas hati membuatkan pemiliknya terasa lucu sebelum meminta maaf kepada anjing comel itu.

Namun begitu, selepas kejadian itu, tuannya terus membelikannya baju hujan yang lebih cantik. Melihat baju hujannya yang cantik tidak seperti plastik sampah sebelumnya membuatkan anjing itu mula berasa gembira semula.

Lihat sahaja gayanya mengenakan baju hujannya, bukan main seronok lagi!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular