Pembelian dalam talian kadang-kala muncul dengan kejutan yang tidak disangka-sangka. Hal ini kerana, menerusi pembelian dalam talian, kita tidak dapat melihat sendiri bentuk dan saiz sebenar item yang dibeli. Kadang-kala saiz sebenarnya adalah terlalu besar, dan ada kalanya saiznya terlalu kecil.

Gambar hiasan/Unsplash

Pinky Jones, 36, yang berasal dari Amerika Syarikat baru-baru ini telah membeli satu set sofa ruang tamu menerusi sebuah platform beli belah dalam talian. Harga yang dikenakan terhadapnya adalah sebanyak AS$249.99 (kira-kira RM1,014).

Bagaimanapun, saiz set sofa yang tiba dirumahnya adalah memang tidak masuk akal. Saiznya terlalu kecil dan mungkin set sofa ini sebenarnya dicipta untuk bayi sahaja!

“Saya ketawa, sofa ini untuk seorang bayi. Saya tidak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil.

“Saya fikir, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal Daily Star.

Lucu betul.

Menurut Pinky, sewaktu membuat pesanan, dia melihat bahawa set sofa itu dikatakan muat untuk kegunaan ruang tamu dan tiada satu ayatpun yang menyatakan tentang kegunaan kanak-kanak.

Disebabkan itu, Pinky dengan yakinnya telah memesan dan membuat bayaran bagi pembelian set sofa itu.

Bagaimanapun, apa yang tiba padanya hanyalah kekecewaan walaupun Pinky dan enam lagi ahli keluarganya menunggu selama 10 hari untuk set perabot itu tiba di rumahnya.

Lucu betul kisah ini. Semoga Pinky dan keluarga kekal positif dan terus ceria menggunakan perabot yang comel ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular