Bukan mudah untuk menjalani hari-hari tanpa keluarga tercinta. Walau sehari tidak berjumpa pasti akan terasa rindunya. Itu baru sehari, bayangkan pula mereka yang terpisah bertahun-tahun lamanya. Semestinya perasaan mereka jauh lebih sakit dan menderita.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita apabila dia dikhabarkan telah terpisah dengan anak lelakinya selama 15 tahun lamanya.

Kisah sedih ini bermula wanita yang berasal dari Delhi itu mula menghidap skizofernia yang akhirnya membuatkan dia hilang ingatan. Dengan penyakit yang dihidapi wanita ini tidak dapat mengingati nama anak lelakinya yang ditinggalkan bersama suaminya setelah mereka berpisah kerana dia mahu meneruskan kerjayanya.

Baru-baru ini, seorang ibu di Delhi, India bertemu kembali dengan anaknya yang telah lama hilang setelah 15 tahun bergelora di mana dia menderita skizofrenia dan dengannya, kehilangan ingatan. Kerana penyakit itu, dia tidak dapat mengingat nama anaknya yang harus ditinggalkan setelah berpisah dengan suaminya untuk memajukan kariernya.

Dia bukan sahaja menderita akibat penyakitnya malah dia juga terseksa kerana terpaksa berpisah dengan anaknya dan hal itu terus menghantui hidupnya selama bertahun-tahun. Namun, sebuah keajaiban berlaku apabila suatu hari apabila dia bangun dari tidur dia mula mendapatkan semula ingatannya.

Kejadian pada Jun lalu membuatkan dia mula teringat akan nama anaknya. Sejak itu dia memulakan pencarian untuk menjejaki semula anak lelakinya.

Seperti yang dilaporkan oleh  Hindustan Times, si ibu yang bernama Rama Devi Chowdhary merupakan seorang peguam jenayah. 15 tahun yang lalu, dia meninggalkan suami dan anak kecilnya di Kolkata untuk melanjutkan kerjayanya dalam bidang undang-undang. Dia akhirnya berjaya dalam kerjayanya sehingga dia mampu untuk bekerja di Mahkamah Agung India.

Hindustan Times

Namun, pada tahun 2012, semuanya berubah apabila dia disahkan menghidapi penyakit skizofrenia. Dia kemudian dimasukkan ke Institut Perilaku Manusia dan Sains Bersekutu untuk menerima rawatan dan telah tinggal di sana selama 9 bulan.

Dia kemudian kehilangan tempat tinggal dan ditempatkan di tempat perlindungan kerajaan pada tahun 2013. Pada tahun 2015, dia datang ke rumah perlindungan yang dikendalikan oleh Rahab Center for Hope, sebuah NGO yang bekerja untuk wanita yang didera dan diperdagangkan. Tempat perlindungan itu kemudian menjadi kediaman barunya dan di sanalah dia dijaga dan akhirnya dapat mengembalikan ingatannya.

Pada bulan Jun lalu, dia akhirnya mengingati semula nama anaknya: Mitrajit. Dengan bantuan pasukan Rahab Center for Hope yang diketuai oleh pengasasnya, Eunice Stephen, mereka melakukan pencarian terhadap anaknya. Kali terkahir Rama Devi melihat Mitrajit adalah ketika anaknya itu baru berusia 7 tahun dan ketika mereka mencari rekod tentang dia atau ayahnya, tidak ada rekod yang ditemui.

Suaminya yang dahulu dikatakan telah berpindah dari Kolkata suatu ketika dahulu dan tiada yang tahu akan alamat barunya. Pasukan itu kemudian melakukan pencarian melalui media sosial. Setelah menghantar pesanan kepada semua orang di Facebook yang bernama ‘Mitrajit Chowdhary’, akhinya balasan diterima dari anak lelaki Rama Devi. Rupa-rupanya, Mitrajit juga selalu merindukan ibunya dan pernah cuba untuk menghubunginya melalui media sosial.

Hindustan Times

Ketika Mitrajit bercakap dengan ibunya untuk pertama kalinya di telefon, dia sangat gugup kerana masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mereka berdua kemudian membuat panggilan video pada keesokan harinya dan Mitrajit mengatakan pada mulanya dia tidak dapat mengenali ibunya. Ibunya kini sudah beruban dan kelihatan sangat berbeza dari apa yang ada di dalam gambar yang pernah diambil ketika majlis perkahwinan saudara mereka.

Hindustan Times

Pada 25 November 2020 lalu, ibu dan anaknya ini akhirnya bertemu dan menurut Mitrajit, Rama Devi sudah mula berpelakuan seperti ibu-ibu lain di luar sana yang tidak berhenti memberikannya makan sepanjang masa.

Mereka berdua merancang untuk berjalan ke Viskhapatnam, India untuk mengunjungi suami Rama Devi yang telah terpisah. Mitrajit mengatakan bahawa ayahnya tidak pernah berkahwin lagi dan masa yang berlalu telah menyembuhkan semua perbezaan yang pernah ada antara ibu dan bapanya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular