Pernahkah anda membayangkan bagaimana haiwan berlainan spesies menunjukkan kasih sayang? Sebagai contoh, kucing akan menggeselkan badan ke manusia manakala anjing pula akan menjilat atau menggoyangkan ekornya bagi menunjukkan rasa gembira dan sayang. Tetapi bagaimana pula dengan ikan?

Hidupan yang hidup di dalam air ini kurang diberi perhatian kerana kita tidak boleh menyentuh atau mengusap haiwan tersebut. Namun menerusi sebuah video yang tular di Facebook baru-baru ini, anda akan dapat menyaksikan bagaimana seekor ikan menunjukkan kasih sayangnya kepada seekor arnab dan ianya pasti akan membuatkan anda teruja!

Cara ikan ini menunjukkan kasih sayangnya tidak lain tidak bukan adalah dengan cara memberikan ciuman.

Ya, ciuman!

Video berdurasi dua minit 30 saat ini telah dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook yang dikenali sebagai El Profesor. Video ini menunjukkan seekor arnab comel berwarna putih yang sedang menikmati tumbuhan segar. Berdekatan arnab itu, terdapat kolam air yang menempatkan seekor ikan.

Menariknya mengenai ikan ini, ikan ini kelihatan sangat tertarik apabila melihat arnab tersebut. Malah, ikan ini turut cuba untuk naik ke darat bagi memberikan ciuman kepada arnab itu! Anda boleh lihat bagaimana ikan ini cuba untuk memberikan ciumannya kepada arnab berkenaan.

Satu peristiwa yang cukup memeranjatkan ramai warganet kerana rata-ratanya tidak pernah melihat seekor ikan boleh bertindak sedemikian rupa! Ada yang memuji dan terhibur ketika menonton video pendek ini.

Namun begitu, terdapat juga beberapa komen yang menyatakan bahawa video tersebut adalah palsu dan ikan itu kelihatan seperti dipegang oleh seseorang. Jadi, kami tinggalkan kepada anda untuk menilai sendiri video ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular