Bento adalah perkataan Jepun yang membawa maksud hidangan makanan yang diletakkan di dalam bekas atau dalam erti kata lain, bekal makanan. Ini adalah perkara biasa bagi setiap individu yang gemar untuk menikmati bekal makanan yang dimasak sendiri di tempat kerja khususnya selain dapat menjimatkan kos.

Suami yang sering membawa bekal makanan ke tempat kerja sememangnya bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang rajin dan pasti ya akan seringkali oleh rakan sekerja lain yang belum berkahwin. Namun kadangkala, bento yang dibekalkan itu boleh membawa pelbagai makna tersembunyi! Jika baik ‘mood’ isteri, maka sedaplah bekal bento anda. Tetapi jika anda membuat sesuatu yang mengundang kemarahan, mungkin anda tidak akan mendapat bekal langsung untuk ke tempat kerja!

Baru-baru ini iaitu pada 2 Disember yang lalu, seorang pengguna Twitter dari Jepun telah memuat naik gambar bento yang disediakan oleh isterinya. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh @JZX90Masaya, bento itu cuma mengandungi nasi putih dan juga sedikit sayur jeruk sebagai hidangan sampingan. Melihat kepada gambar itu, pasti ia akan mengundang rasa kecewa terutamanya apabila tiba waktu makan tengahari dan anda mengharapkan sesuatu yang enak untuk dijamu.

Menurut @JZX90Masaya, dia telah bertengkar dengan isterinya sehari sebelum kejadian dan dia berpendapat pertengkaran itulah yang menyebabkan isterinya cuma menyediakan nasi dan sayur jeruk tanpa sebarang lauk! Itulah padahnya jika isteri merajuk dengan anda…

Malah, si isteri turut menunjukkan kemarahannya dengan meletakkan kepingan rumpai laut yang dipotong menjadi perkataan kesat ‘tahi’ (sh*t) di atas nasi putih itu.

Tidak lama kemudian, @JZX90Masaya sekali lagi memuat naik satu gambar terkini selepas dia menjamu bekal bento yang disediakan isterinya itu. Hal ini menunjukkan isterinya tidaklah sekejam seperti yang disangkakan kerana di sebalik nasi putih itu, terdapat sajian daging enak untuk suami tercinta.

“Ada daging tersembunyi di bawah nasi. Saya sayang isteri saya,” tulis @JZX90Masaya.

Terdapat juga beberapa pengguna Twitter lain yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dan ianya sungguh melucukan. Berikut adalah perkongsian daripada @TAIKI054  yang menceritakan mengenai bekal bento yang disediakan ibunya hanyalah nasi dan beberapa jeruk plum yang disusun menjadi perkataan ‘bodoh’.

Jelas Taiki, “Ketika saya di sekolah, saya bergaduh dengan ibu saya. Ini adalah bekal makanan tengahari yang ibu saya sediakan”.

Wanita sememangnya makhluk yang cukup unik dan penyayang. Dalam marah pun masih lagi sanggup sediakan bekal makanan untuk orang tersayang. Jadi, hargailah wanita di sekeliling anda!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular