Bagi para pencinta kucing, apatah lagi bagi pemelihara kucing, mereka pastinya sudah arif dalam tingkah laku yang ditunjukkan oleh kucing untuk menggambarkan perasaannya.

Bagaimanapun, untuk sesiapa yang masih belum tahu mengenainya, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda empat tingkah laku yang dilakukan oleh kucing untuk menggambarkan perasaannya.

Bukan itu sahaja, sebagai tambahan, kami juga akan memberikan anda tiga kaedah yang boleh anda lakukan untuk ‘menawan’ hati kucing yang agak ‘degil’ dengan anda. Jom ketahuinya!

Empat tingkah laku kucing yang menunjukkan bahawa kucing itu memang benar-benar sukakan anda

1. Kucing itu menunjukkan bahagian perut mereka kepada anda

Gambar hiasan/Unsplash

Bahagian perut adalah salah satu bahagian yang paling penting dan berharga buat kucing. Disebabkan itulah bahagian ini tidak semudahnya ‘ditayangkan’.

Bagaimanapun, jika kucing itu sering menunjukkan bahagian perutnya, hal ini bermakna bahawa kucing itu sudahpun mempercayai anda dan sukakan kehadiran anda.

Jika kucing itu tidak sukakan anda, adalah mustahil untuk mereka menunjukkan bahagian perut mereka kepada anda.

2. Kucing itu dengan tenang memerhatikan anda

Gambar hiasan/Unsplash

Apabila kucing di rumah anda selalu memerhatikan anda, hal ini bermaksud bahawa mereka sedang menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada anda.

Hal ini adalah kerana, jika kucing suka dengan sesuatu perkara, mereka cenderung untuk memerhatikan objek itu untuk memaparkan minat mereka. Jadi, jika seseekor kucing bertentang mata dengan anda, hal ini menunjukkan bahawa kucing itu sudahpun suka kepada anda dan anda perlu bergembira dengan kejayaan ini!

3. Kucing itu mengelilingi anda dan menggeserkan dirinya pada tubuh badan anda

Gambar hiasan/Unsplash

Jika kucing mula mengelilingi anda dengan kerap, hal ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar sukakan anda dan sudah bergantung harap kepada anda.

Tidak kira ke mana anda pergi, mereka akan mengikut anda. Anda seolah-olah tidak boleh lari daripada pandangan mereka!

Selain daripada tingkah laku yang telah dinyatakan, kucing itu juga mungkin akan menepuk-nepuk tangan anda atau tubuh badan anda, yang secara jelasnya memaparkan perasaan kasih sayang mereka terhadap anda.

4. Kucing itu tidur bersama anda

Gambar hiasan/Unsplash

Kucing adalah antara haiwan yang tidak mempunyai keyakinan. Mereka mudah untuk berasa tidak selamat dan terancam. Disebabkan itu, lazimnya, kucing akan memilih untuk tidur di tempat yang lebih hangat dan selesa serta mengutamakan keselamatan mereka.

Jadi, jika kucing tidur bersebelahan anda atau diatas anda, mereka sebenarnya menunjukkan bahawa mereka benar-benar sukakan anda dan anda mampu membuatkan mereka berasa selamat dan selesa.

Bonus: Kaedah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan kucing menyukai anda

1. Jaga pemakanan kucing

Anda boleh cuba untuk memberikan mereka snek kucing yang enak selain daripada memberikan makanan harian yang lazat.

2. Luangkan masa untuk bermain dengan kucing

Gambar hiasan/Unsplash

Untuk membuatkan kucing berasa selesa dan sukakan anda, anda boleh cuba untuk meluangkan masa untuk bermain dengan mereka selain memanjakan mereka dengan usapan di bahagian kepala atau badan mereka.

Selain itu, anda juga boleh memberikan snek kucing yang lazat sebagai hadiah selepas bermain dengan mereka. Dengan cara ini, anda berupaya untuk meraih lebih banyak kepercayaan mereka dan seterusnya membuatkan mereka sukakan kehadiran anda.

3. Jaga kebersihan kucing

Kucing adalah antara haiwan yang cintakan kebersihan. Mereka tidak sukakan tubuh mereka yang kotor.

Oleh itu, anda boleh cuba untuk membersihkan tubuh badan mereka secara berjadual, misalnya seperti mandi dan merapikan mereka. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk menjaga kebersihan telinga mereka.

Tidak susah sebenarnya untuk menjaga kucing dan membuatkan mereka benar-benar selesa dengan kita. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit usaha sahaja. Jadi, untuk anda yang benar-benar sukakan kucing tetapi kucing selalunya tidak suka mendekati anda, mungkin anda boleh cuba kaedah-kaedah yang dikongsikan ini.

Selamat maju jaya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular