Masih ingat siapa yang menyediakan sarapan setiap hari sebelum ke sekolah? Atau mungkin yang menyediakan kelengkapan sekolah setiap malam? Ya, itulah ibu. Itu baru sekecil-kecil perkara yang mereka lakukan sedangkan terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak untuk membalas segala kebaikan mereka walaupun kita tahu sekuat mana kita berusaha kita tidak akan mampu membalas segalanya.

Namun begitu, semua itu bukan alasan dan penghalang untuk melakukan kebaikan kepada mereka dan itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berusaha membalas kebaikan ibunya.

Apa yang dilakukan ialah menjaga ibunya yang sakit di hospital. Bunyinya seperti biasa, tiada yang istimewa tetapi jika difikirkan semula hakikatnya tidak ramai anak-anak di luar sana yang sanggup menjaga ibu bapa mereka yang uzur dan tua. Namun tidak bagi anak muda ini. Dia bahkan dengan sabar terus mengurus dan menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital.

Kisah penuh pengajaran itu dikongsikan di laman sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang pengguna memuat naik sebuah video yang dirakam secara senyap-senyap menunjukkan seorang pemuda sedang menjaga ibunya di wad hospital.

Di dalam video kelihatan pemuda tersebut sedang menyuapkan makanan kepada ibunya dengan menggunakan tangannya. Nampaknya dia benar-benar sayang dan ikhlas menjaga ibunya kerana dia sepertinya langsung tidak kisah untuk menyuapkan makanan dengan tangan tanpa menggunakan sudu.

Inilah contoh terbaik yang boleh diikuti oleh kita semua. Ibu bapa yang tua wajib dijaga dan disayangi kerana tanpa pengorbanan dan jasa mereka kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. Benar kata orang, kasih ibu dibawa ke syurga, kasih ayah sampai ke mati…

@sajeeda83Respect gila dekat abang ni yang jaga mak dia terlantar sakit .. Semoga abang ni dimurahkan rezeki selalu ???????????????? ##hsnz ##syurgamak

♬ original sound – ruwet???????? – umi????????

Maybe you're interested :

Share

Video Popular