Apa yang paling anda suka dengan haiwan peliharaan anda? Kemanjaan mereka? Atau sikap mereka yang aktif? Tidak kira lah apa juga alasannya, pasti setiap pemilik haiwan ada sebab tersendiri kenapa mereka menyayangi haiwan mereka.

Kalau haiwan lain memang biasa untuk dimanjakan, tetapi bayangkan kalau haiwan peliharaan tersebut adalah harimau. Apa agak-agaknya yang akan anda lakukan? Memeluknya? Bermain dengannya seperti biasa?

Berbeza dengan orang lain yang hanya bermain dengan kucing atau anjing, atau mungkin arnab, lelaki ini memilih untuk bermain dengan hariman. Ya, harimau, raja rimba yang sangat garang dan liar!

Dalam video tersebut jelas menunjukkan seorang lelaki sedang bermain dengan seekor harimau dengan gembira sekali. Dia bahkan menggeletek perut harimau dewasa itu dengan selamba sekali dan apa yang paling tidak disangka-sangka ialah si harimau kelihatan sangat suka dilayan begitu.

Melihat gelagat kedua-duanya pasti ramai yang akan terpegun, sepertinya tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bayangkan lah seekor harimau dewasa yang semula jadinya garang dan ganas boleh bertukar menjadi manja seperti kucing pula! Lelaki itu pula nampaknya sangat berani untuk bergurau seperti itu. Memang tabik dengan keberaniannya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular