Anjing sememangnya salah seekor spesies haiwan yang memiliki kepintaran di luar jangkaan. Selain itu, anda juga memiliki sifat penyayang dan kesetiaan. Disebabkan itulah pepatah Inggeris ada menyebut, “dogs are human best friend” yang membawa maksud anjing adalah kawan baik manusia.

Menyebut tentang anjing, rata-rata masyarakat Islam tidak akan mendekati anjing disebabkan oleh larangan agama. Namun, anjing juga merupakan haiwan yang diciptakan oleh tuhan yang Esa. Jadi, tidak semestinya kita perlu menghukum dan mencerca anjing hanya kerana anjing diharamkan di dalam Islam. Sebaliknya, kita perlulah sentiasa mengasihi semua makhluk ciptaan-Nya.

Terbaru menerusi akaun Facebook Kelab Pencinta Anjing, telah tular beberapa gambar memaparkan seorang doktor haiwan yang sedang memegang anjing. Anjing yang dinamakan Blacky ini kelihatan sangat manja dan mesra. Hal ini sekali gus menyingkirkan pandangan negatif orang ramai tentang haiwan tersebut.

Di dalam agama Islam sendiri ada menyatakan beberapa hadis yang mementingkan perbuatan baik sesama makhluk termasuk anjing. Nabi s.a.w pernah bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Malah, Datin Paduka Umie Aida sendiri turut berkongsi pengalamannya memelihara seekor anjing jalanan yang turut dinamakan Blacky selama dua tahun. Menurut Umie, beliau terlihat sekumpulan anjing sedang minum air longkang di kawasan perumahannya. Kasihan dengan nasib anjing malang itu, beliau telah menyediakan bekas berisi air bersih untuk diberikan kepada anjing-anjing jalanan tersebut.

Bagaimanapun, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menangkap anjing-anjing berkenaan kecuali Blacky yang berjaya melarikan diri. Sejak itu, Blacky dipelihara oleh Umie Aida yang menyifatkan anjing itu sebagai seekor anjing yang istimewa kerana menghormati dirinya sebagai seorang Muslim.

Instagram | myforeverdoggo

“Dia (Blacky) tak pernah datang dekat dengan saya dan tidak minta saya untuk pegang dia pun. Malah, dia tak berak atau kencing merata-rata di kawasan rumah saya. Dia akan pergi masuk ke dalam hutan untuk berbuat demikian”

“Jadi, saya ajar anak-anak untuk menyayangi haiwan. Bila mereka tengok saya sayang kepada haiwan itu, rasa sayang mereka kepada haiwan ini juga akan datang secara semula jadi,” katanya lagi.

Instagram | myforeverdoggo

Menurut Umie Aida lagi, kita mungkin tidak boleh memaksa orang lain untuk menyayangi haiwan namun tatkala dunia sedang diancam pandemik, tidak salah rasanya jika kita turut menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada haiwan ciptaan Tuhan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular