Bayangkan anda mengalami kejutan apabila mendapati terdapat sotong beracun yang mampu membunuh ramai orang ditusuk bersama sotong lain di lidi sate yang dibeli anda. Itu pun sekiranya anda maklum bahawa sotong itu mempunyai bisa dan beracun.

Pada 30 November, seorang wanita Thailand yang berada di pasar malam Pathum Thani melihat lidi pencucuk sate sotong yang dijual dan dia amat terkejut. 

@findmyway/Twitter

Wanita ini melihat pada salah satu pencucuk sate yang mengandungi hidangan sotong gurita, terdapat cucukan sotong gurita cincin biru (Hapalochlaena sp.), yang amat beracun sehingga boleh membawa maut kepada orang yang menyentuh atau memakannya.

@findmyway/Twitter

Ocean Conservancy menerangkan ciri sotong gurita cincin biru adalah salah satu spesies sotong paling berbisa dan berbahaya yang boleh membunuh 26 orang dewasa dengan sejumlah racun yang berada di dalam badan mereka. 

Sotong gurita cincin biru boleh didapati di Asia Tenggara, Teluk Thailand, Laut Andaman, Laut Jepun dan Australia. Sotong gurita ini tidak akan menyerang kecuali merasa terancam.

DMCRTH/Facebook

Dengan tidak memandang ringan isu ini, Jabatan Sumber Marin dan Pantai Thailand telah menghantar satu posting makluman di laman Facebook milik mereka. 

Pihak jabatan marin memberi makluman dan amaran kepada orang awam untuk tidak menyentuh sotong gurita cincin biru jika mereka melihatnya di laut dan alam hidupan liar.

DMCRTH/Facebook

Jabatan itu juga memaklumkan bahawa racun sotong gurita cincin biru dapat menahan panas hingga 200°celsius dan sehingga kini masih tiada ubat penawar atau antidot untuk memulihkan mereka yang terkena racun gurita cincin biru. 

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan selanjutnya yang diambil terhadap peniaga makanan pasar malam yang menjual sate sotong gurita itu, tetapi nasib baik seorang yang peka dan arif tentang spesies sotong berbahaya itu menemuinya sebelum terlambat.

@findmyway/Twitter

Dinasihatkan, sebelum anda membeli sebarang makanan di luar sana, pastikan memeriksa dengan teliti untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang penyelewengan atau salah laku peniaga atau penjaja dengan bahan makanan yang mereka jual.

Lebih baik berasa selamat untuk mempertikai daripada berasa menyesal kerana tidak berbuat sesuatu di kemudian hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular