Secawan kopi bersama perbualan yang biasa itu mungkin tidak memberi makna yang besar buat seseorang. Bagi pelajar kolej, Casey Fischer, dia tidak mengharap untuk membantu apa-apa ketika bertemu dengan seorang gelandangan lelaki semasa dalam perjalanan ke Dunkin’ Donuts.

Tetapi setelah membaca nota lelaki itu yang dihulurkannya sebelum dia beredar, jelas pertemuan ini telah ditakdirkan Tuhan, untuk menunjukkan kebaikan hati Casey yang mengambil berat adalah apa yang lelaki itu perlukan, tepat pada masa ketika dia amat memerlukannya.

Casey pada mulanya memutuskan untuk berhenti seketika di Dunkin’ Donuts untuk membeli kopi dan dia menyedari seorang lelaki gelandangan turut mahu membeli kopi dengan duit syiling yang dikumpulnya. 

Sekadar Gambar Hiasan/ Unsplash

Dia mengumpulkan duit syiling itu sehingga cukup untuk membeli secawan kopi dan memasuki menuju kedai donat. Casey memerhatikan kelakuan lelaki ini dan ketika itulah dia memutuskan untuk memulakan perbualan.

Lelaki itu pada mulanya ragu-ragu, tetapi Casey mengatakan dia seorang yang ‘sangat menjengkelkan’ dan enggan meninggalkannya sendirian. Casey mendapat tahu nama lelaki ini adalah Chris, dan melihat dia hanya memiliki wang kecil 1 dolar di tangannya, jadi Casey memutuskan untuk membelanja lelaki gelandangan ini dengan kopi dan bagel. 

Dan sudah tentu, selepas itu dia menjemput untuk duduk semeja dengannya supaya mereka dapat berbual santai.

Casey duduk di situ bersama Chris dan berbual dengannya selama lebih dari satu jam, dan dia hanya mahu mendengar cerita lelaki ini.

Chris memberitahunya bagaimana menjadi gelandangan telah membiasakan dirinya untuk diperlakukan dengan kejam oleh orang lain. Dia kemudian membuka mulut bagaimana penyalahgunaan dadah telah mengubah rasa hatinya untuk membenci diri sendiri. 

Dari situ dia banyak berkongsi, termasuk bagaimana dia tidak pernah mengenali siapa bapanya, bagaimana dia kehilangan ibunya akibat penyakit kanser, dan bagaimana akhirnya dia hanya ingin menjadi seorang anak yang boleh membuat ibunya berasa bangga.

Akhirnya tiba masa untuk Casey perlu kembali ke kelas, dan Chris meminta beberapa minit lagi agar dia dapat menulis sesuatu untuk wanita ini. Dia dengan cepat mencatat sesuatu di atas kertas resit lama, meramasnya dan menyerahkannya kepada Casey. 

Chris tersenyum sambil meminta maaf atas tulisan tangannya yang bergetar dan mengucapkan selamat tinggal.

Keseluruhan pengalaman itu sudah sangat kuat dan mengubah hidup Casey. Tetapi ketika membaca catatan Chris, Casey telah belajar betapa bermaknanya perbualan itu buat lelaki yang kehilangan tempat tinggal dan tempat bergantung.

Chris menulis, “Saya ingin menamatkan riwayat hidup saya hari ini. Kerana anda, sekarang saya tidak mahu melakukannya. Terima kasih, insan yang cantik.”

Jangan sekali-kali memandang rendah kekuatan di sebalik melakukan kebaikan yang sederhana. Casey boleh dengan mudah tidak mempedulikan Chris, seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain. 

Tetapi tindakan peri kemanusiaannya yang biasa telah menyelamatkan nyawa seorang yang lain pada hari itu. Kebaikan kecil yang dapat kita berikan setiap hari. Hanya memberi senyuman, bersalam mesra, membelanja secawan kopi. Melakukan perkara kecil yang anda tidak pernah tahu, betapa besarnya Tuhan boleh memberi hikmah ke atas sesuatu tindakan yang kecil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular