Sejak penubuhan Amerika Syarikat sehingga kini, negara gemilang itu mewakili cahaya bersinar yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan beragama, yang gagal disaksikan di beberapa bahagian lain di dunia.

Namun, apa yang ramai tidak menyedari adalah sejak beberapa dekad yang lalu, negara yang hebat ini secara perlahan-lahan diresapi oleh pengaruh komunis.

Di tengah dakwaan yang boleh dipercayai akan penipuan undi dan penyelewengan pilihan raya, Amerika Syarikat kini berada di ambang kejatuhan ke jurang komunisme.

Spencer Platt/Getty Images

Pembawa bayang komunis yang akhirnya menubuhkan rejim di Kesatuan Soviet, Cuba, Korea Utara, dan China. Ideologi komunis mengenai totalitarianisme yang berusaha menguasai, dan bukannya cuba mengembangkan pembangunan umat manusia.

Pengambilalihan kuasa di Barat secara bertahap telah dilakukan secara terang-terangan di siang hari. Seperti yang digambarkan oleh penyair Perancis Charles Baudelaire pada tahun 1864, ‘muslihat terbesar iblis’ adalah untuk meyakinkan anda bahawa dia tidak wujud.

Semasa Perang Dingin, dunia terbahagi kepada dua kuasa terkuat ketenteraan dan politik. Namun, sementara sistem sosial mereka tampak bertentangan secara langsung, proses yang sama berlaku di kedua sisi, dalam bentuk yang berbeza.

Ramai kalangan penyemak semula ideologi komunis, sosialis, Fabianis, liberal, dan progresif gaya Barat secara terbuka menolak model Kesatuan Soviet dan China, pada masa sama usaha mereka membawa masyarakat ke jalan menuju struktur sosial yang tidak jauh berbeza dengan Kesatuan Soviet dan China. Dan ini berlaku di sebahagian besar dunia Barat.

Barat merasa lega ketika era kejatuhan Tembok Berlin pada tahun 1989 dan kejatuhan Kesatuan Soviet dalam jangka masa beberapa tahun tidak lama kemudian.

Namun, bayang komunisme tidak pernah mati dan lenyap selamanya.

Ia terus berkembang di China, negara dengan penduduk paling ramai di dunia. Dan semasa Perang Dingin berakhir, gerakan komunis antarabangsa tidak pernah menghentikan usaha demi mencapai matlamat globalnya untuk memperluaskan dominasi komunisme.

Sementara rejim komunis berterusan dengan pemerintahan diktator kuku besi, parti politik dalam masyarakat bebas telah sampai ke titik krisis. Komunisme telah mengeksploitasi kelemahan dalam sistem perundangan dan politik negara-negara demokratik dengan memanipulasi parti politik utama.

Usaha selama puluhan tahun ini yang kini hampir berjaya.

Sosialisme

Sosialisme selamanya adalah sebahagian daripada Marxisme dan gerakan komunis antarabangsa. Seperti yang dinyatakan oleh Vladimir Lenin, “Matlamat sosialisme adalah komunisme”. Dalam negara demokratik, sosialisme perlahan-lahan menghilangkan kebebasan rakyat ke atas hak mereka melalui undang-undang.

Di Barat, proses penubuhan sistem sosialis mengambil masa beberapa dekad atau generasi, meninggalkan rakyat secara beransur-ansur menjadi mati rasa, tidak peka dan terbiasa dengan sosialisme. Permainan terakhir gerakan sosialis yang dilaksanakan secara beransur-ansur dan menerusi kaedah ‘yang disahkan undang-undang’, yang tidak lagi berbeza dengan komunisme yang ganas.

Sosialisme sedang mengalami peralihan ke arah komunisme, dengan semakin ramai rakyat terus-menerus dilucutkan hak mereka sehingga apa yang berbaki adalah rejim autoritarian yang zalim.

Sosialisme menggunakan idea untuk menjamin hak kesamaan melalui perundangan, tetapi matlamat yang nampaknya mulia ini bertentangan dengan matlamat semula jadinya. Di bawah tujuannya yang normal, kalangan rakyat atau setiap individu itu secara semula jadi adalah berbeza dengan kepercayaan agama, standard moral, literasi budaya, latar belakang pendidikan, kecerdasan, ketabahan, ketekunan, rasa tanggungjawab, tahap agresif, inovasi, keusahawanan, dan banyak lagi dengan sifat biasa mereka.

Hakikat sebenar, pencapaian mendapatkan hak kesamarataan menerusi pendekatan sosialisme telah menjatuhkan nilai moral dan merampas kebebasan individu untuk cenderung ke arah kebaikan.

Sosialisme menggunakan ‘pembaikan politik’ untuk menyerang pertimbangan moral asas dan secara pemalsuan memaksa semua orang untuk menjadi orang yang sama. Ini akan datang bersama dengan legalisasi dan normalisasi semua jenis ucapan tidak senonoh serta semua kelakuan anti-keagamaan, penyelewengan seksual, seni iblis, pornografi, perjudian, dan penyalahgunaan dadah.

Hasilnya adalah seumpama diskriminasi yang diterbalikkan terhadap mereka yang mempercayai Tuhan dan beragama untuk meningkatkan tahap moral, dengan tujuan pemencilan yang mana akhirnya akan menyingkirkan mereka.

Agenda haluan kiri dan lain-lainnya yang membawa kerosakan telah berjaya memperolehi pengaruh arus perdana di negara-negara Barat secara meluas atas bantuan media massa. Di negara-negara yang diperintah rejim komunis, semua saluran berada di bawah penapisan negara, walaupun jika tidak dikendalikan secara langsung oleh parti komunis. 

Di tempat lain, media telah berada di bawah pengaruh kewangan dan parti politik yang berat sebelah. Laporan benar dan wacana jujur ​​terkubur apabila ia ditimbuni oleh runtuhan sensasionalisme, isyarat kebajikan politik dan sebaran berita palsu.

Di seluruh dunia, gerakan sosialisme dan komunisme telah mengambil peluang kegelisahan ekonomi dan pandemik untuk menjadikan diri mereka sebagai pengaruh, dengan tujuan akhir untuk menjatuhkan susunan sosial sedia ada.

Gerakan yang sama kini disaksikan di Amerika Syarikat.

Gambar Hiasan/Unsplash

Amerika Syarikat telah lama mengikuti ideologi sosialis. Media arus perdana memperjuangkan idea kesamarataan dan mengikuti serangan Parti Komunis China (PKC) ke atas Amerika Syarikat. Generasi muda melihat sosialisme sebagai aliran terbaik untuk menjadikan ia satu demam menular apabila mereka mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan rusuhan yang bertujuan memusnahkan warisan budaya.

Sementara, masyarakat umum mula mendekati untuk menyokong idea dan manifesto kerajaan yang harus menyediakan penjagaan kesihatan, pendidikan, dan mungkin akhirnya kos sara hidup. Secara sedar dan tanpa sedar, kita secara beransur-ansur memperdagangkan kebebasan diri ke dalam sistem yang sedang mengawal masyarakat.

Sosialisme dan komunisme menuntut hak milik mutlak ke atas semua hak terhadap harta benda dan kemanusiaan. Sosialisme menuntut individu melepaskan kepercayaan mereka kepada Tuhan dan sebaliknya menjadikan negara sebagai Tuhan.

Amerika Syarikat, menjadi negara berasas kepada kepercayaan untuk mendapatkan kebebasan, yang kini telah menjadi negara di mana kebebasan itu kian dikhianati. Mimpi ngeri yang kini menjadi kenyataan dalam Pilihan Raya Presiden 2020 dan dakwaan boleh dipercayai dalam penipuan pengundi.

Negara yang paling banyak mendapat manfaat dan keuntungan daripada semua ini adalah China, di mana Parti Komunis China telah memerintah dengan kejam selama lebih dari 70 tahun, yang telah mengakibatkan kematian tidak wajar ke atas sekurang-kurangnya 65 juta rakyatnya.

Bagi komunis China, Amerika Syarikat selalu menjadi penghalang objektif penguasaan global ideologi komunis. Matlamat rejim komunis adalah untuk menjatuhkan Amerika Syarikat dan menjadi kuasa dominan dalam dunia.

Selama beberapa dekad, ia telah berjaya mencapai objektif dan kini kian hampir mencapainya.

Kaedah subversif yang semakin sofistikated dan dijalankan secara mendalam. Pengarah FBI Christopher Wray mendedahkan pada bulan Julai sahaja agensi perisikan itu telah menjalankan hampir 2,500 siasatan risikan balas berkaitan dengan China dan agensi itu membuka kertas siasatan baru pada setiap 10 jam.

Namun, kebangkitan China sebagai kuasa besar dihentikan bahkan diundurkan di bawah pentadbiran Presiden Trump, yang mengakui ancaman membawa maut oleh PKC terhadap Amerika Syarikat. Setiausaha Negara Mike Pompeo menggambarkan PKC sebagai ‘ancaman utama masa kini’. Usaha di seluruh negara telah dilakukan untuk menyingkirkan pengaruh PKC dari Amerika Syarikat, dan juga melawan pencerobohan gerakan parti itu di luar negara. 

Tidak boleh dinafikan, rejim komunis China memperolehi banyak keuntungan dengan berakhirnya pentadbiran Presiden Trump di Amerika Syarikat.

Pertempuran antara yang baik dan yang jahat

Komunisme mengajar manusia untuk mengganti kepercayaan kepada Tuhan kepada ateisme dan materialisme.

Sebagai akibat, dunia kini menjadi keliru untuk mengenali kriteria mengenali kebaikan dan kejahatan, yang mana telah dipesongkan. Kebenaran dilemparkan sebagai kejahatan dan keburukan dilabelkan secara cantik sebagai belas kasihan.

Pada awal abad ke-20, pemikiran ateis dan anti-tradisional telah mula diserapkan ke dalam kurikulum sekolah secara beransur-ansur, yang dikendalikan oleh pakar pedagogi berhaluan kiri yang telah menyusup masuk ke dalam bidang akademik dan mempengaruhi polisi pendidikan.

Kalangan awam disemaikan dengan kesedaran mengejar kemodenan dan digerakkan untuk mengalahkan golongan minoriti yang tetap berpegang teguh kepada ajaran tradisi. Golongan intelektual memberi kritikan berat terhadap budaya dan amalan tradisi rakyat di seluruh dunia, memupuk prasangka berfikiran sempit di khalayak mereka yang tidak arif dan tidak mahu memahami.

Konsep pemikiran kritis dan kreatif disalahgunakan untuk menjadikan generasi muda menentang autoriti, mencegah mereka daripada menimba ilmu pengetahuan dan nilai kebijaksanaan yang diterapkan dalam budaya tradisional.

Di negara-negara komunis, setelah pembawa budaya tradisional disembelih, sebagian besar penduduk menjalani proses indoktrinasi untuk mengambil bahagian dalam revolusi kebudayaan.

Setelah PKC berjaya merampas kuasa, tempoh selama 25 tahun diperlukan untuk memelihara generasi ‘anak serigala’,  istilah di China bagi mereka yang membesar di bawah komunisme dan semuanya dipastikan menjalani proses indoktrinasi untuk membenci dan membunuh musuh yang masih mementingkan kelas. Mereka dipengaruhi untuk melawan, menghancur, merompak, dan membakar tanpa rasa belas secara sembarangan.

The Epoch Times

Parti Komunis China secara aktif memupuk sentimen pembunuhan tidak mengapa. Semasa Revolusi Budaya, gadis remaja dengan mudah diberi galakan untuk memukul guru mereka sehingga mati sebagai sebahagian daripada membawa ‘diayah’ mempromosi ideologi Mao.

Di Barat, parti komunis dengan bangga mengimbas kembali pengalaman menjayakan Revolusi Perancis dan Komuniti Paris. Setiap revolusi dan pemberontakan telah diperkenalkan oleh kumpulan perusuh sebagai tidak menimbulkan kekacauan, tiada rasa malu, dan tiada belas kasihan.

Komunisme adalah bencana kepada umat manusia. Tujuannya yang pasti adalah membawa kemusnahan kepada umat manusia, dan pengaturannya amat teliti dan spesifik.

Peradaban manusia, sementara itu diperturunkan kepada umat manusia dengan berasaskan kepercayaan kepada agama dan kewujudan Tuhan. Sekiranya manusia menghancurkan budaya dan tradisi, dan jika moral masyarakat terus runtuh, maka ini bermakna mereka telah gagal memahami konsep mengenali Tuhan.

Usaha membawa kehancuran yang dibawa oleh komunis dapat dihalang melalui cara setiap golongan menolak secara aktif akan pengaruhnya, dengan sebaliknya terus mempercayai Tuhan untuk memulihkan nilai tradisi masing-masing serta terus membangkitkan moraliti dalam diri.

Ini adalah era dalam keduanya, ketika berputus asa dan ketika mempercayai harapan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular