Pandemik COVID-19 sesungguhnya mengajar kalangan kita yang mahu berfikir, waktu ini adalah hakikat bahawa rakyat Malaysia di luar sana sebenarnya tidak malas dan sanggup bekerja keras dalam apa juga keadaan demi melengkapkan kehidupan yang jujur.

Maka tiada salahnya sebagai warganegara yang mencintai negara sendiri, jika kita membantu warga sendiri yang mahu bekerja keras untuk melengkapi kehidupan mereka, menurut kemampuan diri masing-masing.

Netizen Shafinaz Suhaimi menggunakan akaun Twitternya untuk memperlihatkan kegigihan seorang lelaki dari Johor Bahru yang mencari rezeki dengan menjual belon di luar stesen Petronas.

@ShafinazAs/Twitter

“Bagi mereka yang tinggal di Johor Bahru, tolong pak cik ini. Beli belon daripada dia dan berikan kepada anak-anak anda, anak saudara anda dan lain-lain. Dekat Petronas Tampoi,” tulis Shafinaz.

“Saya rasa kasihan dengannya sebab tiada orang yang mahu membeli. Sudah pukul 10 malam. Tiada orang yang berhenti hendak membeli. Jadi saya putuskan untuk membeli dan ketika tanya harganya, dia jawab ‘bayar seikhlas hati’,” tulis Shafinaz lagi.

Shafinaz juga memberitahu bahawa belon yang dihasilkan pak cik ini sangat cantik dan pasti amat berbaloi apabila anda berhenti untuk membelinya.

@ShafinazAs/Twitter

“Saya kasihan dengannya. Mungkin dia biasa membuat belon untuk pesta dan acara, tetapi sebab pandemik, acara 100% dibatalkan,” komen seorang netizen yang memberi reaksi.

“Saya tidak berada di Johor tetapi saya akan berkongsi kisah ini dan semoga lebih ramai warga Johor membantunya,” tulis yang lain.

Walaupun mungkin ramai tertanya-tanya mengapa mereka harus menghabiskan wang yang bukan keperluan, belon cantik hasil kerja tangan pak cik ini mungkin dapat membuat sesetengah orang berhati muram bertukar senyuman dan itu sudah pasti lebih bernilai dengan sumbangan seikhlas hati yang dibuat anda.

Oleh itu, jika anda berada di sekitar Jalan Skudai dan kebetulan berada di Petronas KM 11 Jalan Skudai dan melihat pak cik ini menjual belon di tepi jalan di kawasan itu, ingatlah untuk berhenti seketika dan membeli belon yang cantik hasil kerja tangannya. 

Ingat kerana kita ingin membeli, menyumbang dan menghargai. Kita tidak akan tahu berapa banyak sumbangan yang kecil itu dapat membantu kehidupan orang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular