Pandemik COVID-19 merubah segalanya. Kita tidak lagi bebas untuk melakukan apa yang biasa kita lakukan dahulu, termasuklah sesi persekolahan.

Sesi pembelajaran dan pengajaran dalam talian merupakan normal baharu dan ia sudah pasti tidak semudah apa yang disangkakan.

Namun disebalik pelbagai cabaran yang dialami, seorang guru ini tular ekoran dedikasinya dalam meneruskan pengajaran walaupun bukan di rumah.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna, Rajes Pillay di laman Facebook, Malaysia Education Info (And Homeschooling too).

“Saya melihat guru ini menjalankan sesi pengajarannya di hospital, sewaktu dia menunggu ahli keluarganya berjumpa dengan doktor”, tulis Rajes.

Malaysia Education Info (And Homeschooling too)/Facebook

Situasi itu membuatkan Rajes tersedar akan dedikasi dan kesungguhan guru terbabit untuk terus melaksanakan tugas dan amanahnya walaupun berada di koridor hospital yang agak sibuk.

Dalam pada itu, guru itu juga menerangkan bahan pengajaran dengan baik sekali dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Ia amat dikagumi Rajes.

Oleh kerana perkongsiannya itu tular dan mendapat perhatian ramai, identiti guru dedikasi itu dapat diketahui. Guru yang dimaksudkan itu adalah Cikgu Puspa.

Difahamkan bahawa Cikgu Puspa merupakan seorang tenaga pengajar yang mengajar subjek sains untuk murid sekolah rendah di Kepong.

Ramai warga Facebook yang turut terharu dan memuji kesungguhan Cikgu Puspa di ruangan komen :

Malaysia Education Info (And Homeschooling too)/Facebook

Terima kasih Cikgu Puspa atas pengorbanan dan kesungguhan cikgu dalam mendidik anak bangsa tidak kira di mana jua. Jasa cikgu akan kami kenang sampai bila-bila…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular