Sebuah meteor yang menyala terang jatuh menjunam di langit Jepun dan menghasilkan penampakan bebola api menakjubkan yang terlihat di beberapa kawasan di Jepun dalam kejadian yang berlaku pada 29 November lalu.

Fenomena aneh dari angkasa lepas yang menarik perhatian agensi berita tempatan dan media sosial sehingga menjadi tular di Jepun.

Paparan Skrin/Facebook

Meteor itu bersinar dan menyala dengan terang ketika menjunam dengan pantas dalam jangka masa beberapa saat melalui atmosfera Bumi pada 29 November.

Paparan Skrin/Facebook

Orang awam yang menyaksikan fenomena alam angkasa yang berlaku di barat Jepun itu rata-rata memberi reaksi di media sosial bahawa mereka telah melihat pemandangan indah lagi menakjubkan yang amat jarang berlaku.

Paparan Skrin/Facebook

NHK melaporkan kameranya yang berada di wilayah tengah seperti Aichi dan Mie, serta beberapa tempat lain, berjaya merakamkan bebola api itu ketika sedang memasuki langit Jepun.

Sebuah kamera di pelabuhan Nagoya menunjukkan meteor bersinar terang seperti bulan purnama ketika mendekati bumi.

Paparan Skrin/Facebook

Beberapa pakar mengatakan serpihan kecil meteorit mungkin telah mendarat ke tanah pada ketika itu.

Observatorium Astronomi Nasional Jepun berkata pendaratan meteor secara purata akan berlaku dalam jangka masa sebulan sekali.

Paparan Skrin/Facebook

Tetapi dikatakan mereka jarang melihat cahaya terang atau mendengar bunyi yang kuat ketika serpihan meteor memasuki atmosfera dan jatuh ke bumi.

Paparan Skrin / Facebook

Meteor sering dapat dilihat secara melintang di langit. Semasa berada di angkasa lepas sebelum memasuki bumi, ia dikenali sebagai meteorit.

Paparan Skrin/Facebook

Sebilangan besar meteor yang memasuki bumi adalah kecil.

NASA menganggarkan sebanyak 48.5 tan serpihan meteorit jatuh ke bumi setiap hari tetapi kebanyakannya menguap ketika melalui atmosfera bumi dan meninggalkan jejak yang terang.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular