Asas terpenting dalam perhubungan, khasnya hubungan rumah tangga memerlukan proses komunikasi yang berkesan.

Namun kaum lelaki dan wanita diciptakan dengan ciri yang cukup unik, menjadikan proses komunikasi dalam rumah tangga kadang kala agak mencabar.

Pada ketika ini, para suami dan isteri perlu tahu cara tersendiri pasangan dalam meluahkan atau meminta sesuatu. Ini yang payah, bimbang silap bicara kelak bergaduh pula, bukan?

Jangan bimbang lagi. Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Pak Utih tular di Twitter lantaran videonya yang berkongsi tips dan nasihat buat para suami.

Ia telah dimuat naik oleh pengguna Twitter, @hanishx. Anda boleh saksikan videonya di bawah :

Menurut Pak Utih, para suami perlu memahami jika maksud sebenar jika disoal oleh sang isteri. Misalnya, “Abang tak lapar ke?”.

Soalan ini mungkin agak mudah dan pasti ramai yang akan menjawabnya terus. Namun itu bukan maksud sebenar. Soalan itu sebenarnya menandakan bahawa isteri sedang lapar.

“Wahai suami.. Kalau dengar soalan tu, kau terus slow down, masuk parking terus makan. Maknanya dia tengah lapar”, jelas Pak Utih.

Perkongsian itu mendapat banyak reaksi pengguna, antaranya :

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular