Kerajaan United Kingdom (UK) bersetuju untuk mengguna dan menyediakan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer/BioNTech dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut jurucakap kerajaan UK, kerajaan telah menerima saranan daripada Agensi Pengawalseliaan produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) bagi meluluskan penggunaan vaksin Pfizer/BioNTech.

“Ia mengikuti ujian klinikal selama berbulan-bulan dan analisis menyeluruh data oleh pakar MHRA yang menyimpulkan bahawa vaksin ini telah memenuhi standard keselamatan, kualiti dan keberkesanannya”.

Ketua dan ketua pegawai eksekutif Pfizer, Albert Bourla telah memuji MHRA atas kepantasannya dalam menyetujui vaksin tersebut.

“Kebenaran Penggunaan Kecemasan di UK menandakan detik bersejarah dalam memerangi COVID-19”, katanya.

“Kebenaran ini merupakan matlamat terhadap usaha kami semenjak hari pertama kami katakan bahawa sains akan menang. Kami memuji MHRA atas kemampuan mereka untuk melakukan penilaian teliti dan mengambil tindakan tepat pada masanya untuk bantu lindungi rakyat UK”.

Pelaksanaan vaksin pertama yang diluluskan di dunia Barat terhadap virus PKC (Parti Komunis China) akan bermula minggu depan di seluruh UK.

Vial vaksin COVID-19 dan jarum suntik dilihat di hadapan logo Pfizer yang dipaparkan pada 31 Oktober 2020. (Dado Ruvic/Reuters)

Ia akan bermula dengan individu dalam kumpulan keutamaan seperti penghuni rumah jagaan, kakitangan penjagaan kesihatan, orang tua dan golongan yang rentan secara klinikal.

Untuk menyokong keberhasilan program imunisasi yang akan datang, kerajaan meminta orang ramai untuk terus mematuhi larangan setempat untuk melambatkan penyebaran virus.

Vaksin Pfizer/BioNTech adalah yang vaksin pertama yang diluluskan untuk digunakan dalam populasi di antara beberapa calon vaksin yang lain.

Ia menunjukkan 90% keberkesanan ketika kajian Fasa ke-3 dan pihak kerajaan UK telah memesan 40 juta dos vaksin terbabit.

Para sainstis telah menyambut baik berita berkenaan. “Ini adalah hari yang penting bagi kita semua”, kata profesor Arne Akbar, presiden Persatuan Imunologi British, dalam satu kenyataan.

“COVID-19 telah mempengaruhi banyak kehidupan kita dalam pelbagai cara dan harapan strategi ini bergantung pada vaksin yang selamat dan berkesan. Hari ini harapan itu telah direalisasikan”.

Dr. Michael Head, peneliti kanan bidang kesihatan global di University of Southampton mengatakan, “Ini adalah berita yang sangat baik dan mercu tanda besar dalam usaha global untuk menangani wabak ini”.

Tambah beliau, vaksin Pfizer memerlukan penyimpanan pada suhu sekitar -70C, yang akan menimbulkan cabaran logistik yang signifikan bagi semua negara yang memilih untuk menggunakannya.

Setakat ini, terdapat banyak negara yang telah melaksanakan pengujian vaksin termasuklah di UK, Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Jerman, Cuba dan Australia.

Britain baru-baru ini memperoleh 355 juta dos gabungan tujuh calon vaksin, termasuk yang kini diluluskan oleh Pfizer/BioNTech.

Vaksin lain dalam percubaan Fasa 3 yang masih menunggu persetujuan peraturan sebelum dapat dilancarkan termasuk calon vaksin dari Oxford/AstraZeneca, Moderna dan Novavax.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular