Menjalankan perniagaan logiknya adalah untuk mendapatkan keuntungan di atas jualan namun bukan semua nampaknya mahu untung semata.

Seperti kisah seorang wanita dari Terengganu, Nurul Hidayu Zulkifli yang tular berniaga juadah sarapan pagi dengan harga RM1 sahaja.

Nurul Hidayu/Facebook

“Niat saya bukan nak untung sangat tetapi lebih kepada membantu orang ramai yang memerlukan”, ujar Hidayu.

Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu menjual 55 jenis menu sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi goreng, nasi minyak dan pelbagai jenis kuih muih berharga RM1 setiap satu.

Nurul Hidayu/Facebook

Usaha murni wanita berusia 34 tahun tersebut bermula sejak 14 Oktober lalu dan dia memulakan perniagaan dengan empat jenis menu sahaja.

Namun disebabkan sambutan yang agak menggalakkan, Hidayu kemudian menambah lagi menu makanan yang dijualnya.

Nurul Hidayu/Facebook

Wanita itu juga menyasarkan untuk menjual 100 jenis menu bermula tahun hadapan untuk mempelbagaikan lagi pilihan, selain memenuhi permintaan pelanggan.

Jualannya juga laris, di mana semua makanan habis terjual dalam tempoh satu jam sahaja. Malah pelanggan yang lewat datang, tidak dapat membelinya kerana habis.

Nurul Hidayu/Facebook

Difahamkan bahawa semua makanan berkenaan disediakan oleh 10 ahli keluarga terdekat termasuklah ibu saudara, adik beradik dan sepupunya.

Hidayu ternyata merasa puas kerana dapat membantu orang ramai susulan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana ramai individu yang mengalami masalah kewangan.

“Sekurang-kurangnya jika mereka terjejas datang membeli di gerai saya, mereka boleh berjimat cermat”, ujarnya lagi.

Nurul Hidayu/Facebook

Perniagaan itu menurutnya masih boleh diteruskan walaupun harga jualan yang murah. “sekiranya ramai yang membeli, pasti memperolehi keuntungan juga”.

Gerai Hidayu terletak di Kampung Tasik Padang Kabar, Marang dan dibuka seawal jam 7 pagi setiap hari. Sesiapa yang berdekatan, bolehlah membeli!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Pesona

Video Popular