INDONESIA – Seorang lelaki dilaporkan mengalami ‘dislokasi sendi’ di bahagian rahang dan menyebabkan rahangnya terkehel dipercayai selepas menguap terlalu besar.

Gambar | Google Image

Menurut laporan Tribun News, kejadian ini berlaku berpunca daripada kelemahan otot dan juga ligamen serta kapsul di kawasan sendi temporal-mandibular.

Doktor pakar ortopedik yang merawat mangsa iaitu Dr Helmiyadi Kuswadharna memaklumkan bahawa mangsa yang berusia 45 tahun telah pergi ke Hospital Haji Makassar pada 29 November yang lalu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika memberikan rawatan, Dr Helmiyadi sempat memuat naik video penerangan tentang insiden itu menerusi laman sosial TikTok. Dalam video berkenaan, Dr Helmiyadi telah menunjukkan cara-cara yang tepat untuk membetulkan semula kedudukan rahang lelaki itu.

“Setelah kedudukan rahang diperbetulkan, pakaikan pembalut (bandage) kepala selama tiga hari untuk mengekalkan posisi rahang,” jelas Dr Helmiyadi dalam video tersebut.

Kata beliau lagi, kebanyakan kes rahang terkehel ini berlaku disebabkan oleh trauma akibat kemalangan jalan raya, kecederaan ketika bersukan, ditumbuk atau mungkin pesakit pernah mengalami masalah dislokasi sebelum ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular