AMERIKA SYARIKAT – Peguam kempen Presiden Donald Trump memberitahu pihaknya sedang membuat persediaan untuk tuntutan saman dengan mendakwa seramai 40,000 pengundi telah mengundi sebanyak dua kali di Nevada. Sekiranya dakwaan ini benar, ia mungkin berpotensi untuk mengalahkan calon Parti Demokrat iaitu Joe Biden.

Presiden Donald Trump bercakap di dalam Bilik Diplomatik di Rumah Putih pada Hari Kesyukuran, 26 November lalu (ANDREW CABALLERO-REYNOLDS / AFP) (Photo by ANDREW CABALLERO-REYNOLDS/AFP via Getty Images)

Memetik kenyataan Peguam Trump iaitu Jesse R. Binnall kepada Fox Business pada 2 Disember lalu, beliau memaklumkan telah menemui bukti ‘penipuan pengundi’ termasuk ‘beribu-ribu contoh’ di Nevada. Bukti-bukti ini akan dihantar ke mahkamah di Silver State.

“Kami mempunyai banyak contoh. Misalnya, lebih 40,000 individu telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya tersebut”.

Meskipun Binnall tidak memberikan sumber seperti afidavit atau pemberi maklumat dalam dakwaannya, beliau memaklumkan bahawa pihak peguam akan mengemukakan kesemua bukti ke pengadilan. Tidak dapat dipastikan di mana sebahagian besar dakwaan penipuan undi tersebut dilakukan di negeri berkenaan.

Binnall yang turut membantu mempertahankan pesara Leftenan Jeneral Michael Flynn turut menyatakan bahawa terdapat sebilangan individu mempunyai rekod pengundian secara pos namun mendakwa tidak pernah menerima kertas undi apatah lagi mengundi.

Ethan Miller/Getty Images

Sementara itu, pejabat Barbara Cegavske iaitu Setiausaha Negeri Nevada tidak memberikan sebarang respon ketika diminta untuk komen berkenaan isu ini. Barbara juga sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kepada umum sejak pilihan raya pada 3 November.

Beberapa minggu yang lalu, sebagai tindak balas terhadap tuduhan penipuan, pejabat Pendaftar Daerah Clark, Joe Gloria memberitahu The Associated Press bahawa kempen Trump adalah ‘aduan… salah kenyataan dan salah bukti’ serta menggelar mereka sebagai ‘tuduhan sembarangan daripada si burung kakak tua tanpa pengetahuan fakta’.

Awal minggu ini, ahli Republik Nevada telah menggugurkan tuntutan mahkamah di mana mereka mendakwa terdapat segelintir pengundi yang tidak lagi menetap di negeri itu tetapi membuang undi secara tidak sah. Kemudian, didapati kesemua alamat dan poskod yang dinyatakan adalah milik keluarga tentera dan pelajar yang sah mengundi di Nevada.

Di samping itu, saintis data iaitu Dorothy Morgan memaklumkan terdapat lonjakan yang tidak dapat dijelaskan dalam pendaftaran pengundi dengan alamat dan maklumat yang tidak lengkap. Dalam satu afidavit, Morgan memaklumkan terlihat peningkatan pendaftaran pemilih yang ‘aneh dari segi sejarah’. Misalnya, tiada maklumat jantina, umur selain dicatitkan maklumat seperti kasino serta kawasan parking kenderaan rekreasi sebagai ‘alamat tempat tinggal atau alamat surat-menyurat’. Perkara ini dilaporkan berlaku di Daerah Kongres Ketiga, yang merangkumi sebahagian besar daerah Clark dan Las Vegas.

Pekerja pilihan raya daerah Clark sedang mengimbas kertas undian pos di Jabatan Pilihan Raya Daerah Clark, utara Las Vegas (Ethan Miller/Getty Images)

“Hasil siasatan mendapati lebih 13,000 pengundi mempunyai maklumat pendaftaran yang tidak lengkap seperti tiada jantina atau tarikh lahir. Hal ini bukan sahaja menunjukkan kita tidak boleh mengesahkan sama ada pengundi berkenaan sudah mencapai umur kelayakan untuk mengundi tetapi ia juga kelihatan aneh. Kita tidak pernah menjangkakan untuk melihat maklumat pendaftaran pengundi yang lengkap namun kes kehilangan atau maklumat tidak lengkap ini sangat kecil. Namun pada tahun ini, terdapat 13,372 kes maklumat pengundi tidak lengkap,” memetik kenyataan afidavit Morgan yang diperoleh daripada Pemeriksa Washington.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular