Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak membuat permohonan dalam talian i-Sinar.

Permohonan tersebut difahamkan boleh dibuat bermula 21 Disember ini. Perinciannya adalah seperti berikut :

Kategori 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/Facebook

Individu layak termasuklah yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 :

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; atau
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Untuk kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan. Kelulusan juga adalah secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Namun ahli perlu membuat permohonan secara dalam talian (isinar.kwsp.gov.my) mulai 21 Disember kelak dan pembayaran kepada ahli yang layak pula bermula pada pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/Facebook

Ahli yang masih bekerja namun berhadapan dengan pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk gaji, elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan. Ahli perlu kemukakan dokumen sokongan – slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.

Selain itu, notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa juga perlu dilampirkan.

Malah, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan turut diberikan pertimbangan.

Bagi kategori ini, permohonan secara dalam talian (isinar.kwsp.gov.my) boleh dilakukan bermula 11 Januari. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan.

Sementara pembayaran pula akan dilakukan sebelum akhir bulan berikutnya.

Untuk jumlah kelayakan i-Sinar, ia bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Gambar Hiasan/Facebook
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran hingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran di buat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 pula boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayarannya akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar, anda bolehlah melayari pautan ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular