Gelagat kucing yang sedang bergaduh kadang-kala memang boleh menghiburkan kita. Mana tidaknya, reaksi spontan yang mereka lakukan ketika sedang bergaduh ada kalanya memang tidak masuk akal apabila difikirkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @fxkhrudeen memuatnaik sebuah rakaman video berdurasi 15 saat yang menunjukkan bagaimana dua ekor kucing sedang bergaduh.

@fxkhrudeen/Twitter

Tetapi, yang menghiburkan adalah apabila salah seekor daripadanya terus-terusan ‘memujuk’ pasangannya yang jelas sekali sedang mengamuk kemarahan. Paling lucu, apa yang dilakukannya memang tidak masuk akal!

Walaupun sedang ditengking dengan suara yang nyaring, kucing yang ‘sedang dimarahi’ itu dengan tenang terus mencium ‘kening’ kucing yang sedang marah itu.

@fxkhrudeen/Twitter

@fxkhrudeen/Twitter

Bukan sekejap pula masanya! Boleh dikatakan separuh video ini, kucing ini terus-terusan mencium kening pasangannya dan membiarkan pasangannya itu menjerit dengan nada marah.

@fxkhrudeen/Twitter

Bagaimanapun, di penghujung video, kerana sudah tidak tahan lagi dengan ‘perangai’ pasangannya yang tidak mengendahkan kemarahannya, kucing yang sedang marah itu dengan lebih kuat ‘menengking’ pasangannya sehingga pasangannya terkejut dan berdiri dengan dua kaki!

Lucu betul!

Walaupun video ini hanya sekejap, namun video ini dengan jelas telah menghiburkan ramai warganet. Malah, ada juga antara mereka yang turut memberikan ‘situasi’ yang mungkin berlaku kepada pasangan kucing yang menghiburkan ini.

@fxkhrudeen/Twitter

@fxkhrudeen/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 17,900 sukaan, lebih dari 11,600 ulang kicau dan 126 komen setelah dimuatnaik pada 28 November lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular