Setiap bayi dan kanak-kanak yang lahir pada dan selepas 1 Januari 2020 adalah layak untuk menerima suntikan vaksin Pneumokokal secara percuma.

Pemberian vaksin tersebut difahamkan bermula pada 1 Disember lalu, di mana terdapat sebanyak tiga dos, bermula dengan dua dos ketika berusia empat dan enam bulan.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Kemudian dos terakhir iaitu dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian vaksin ini bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pemberian vaksin ini merupakan kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

 

Dan ianya secara tidak langsung berupaya mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik. “Vaksin ini juga adalah selamat dan berkesan”, kata beliau.

Selain daripada itu, pemberian vaksin ini juga mampu mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya.

FRED TANNEAU/AFP via Getty Images

Tambah beliau, bakteria pneumokokus ini boleh menyebabkan radang paru-paru, radang sinus, jangkitan telinga, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah.

Selain komplikasi daripada penyakit ini termasuklah cacat pendengaran, kecacatakan otak dan kematian.

Justeru, para ibu bapa disarankan untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Bayi dan kanak-kanak yang layak namun telah mengambil satu atau dua dos vaksin ini di fasiliti kesihatan swasta juga boleh melengkapkan jadual imunisasi ini di fasiliti kesihatan swasta atau klinik kesihatan KKM.

Namun demikian, pemberian vaksin Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti swasta tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Buat ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi ini di klinik kesihatan KKM dinasihatkan untuk membawa bersama rekod imunisasi anak masing-masing.

Jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan dengan pemberian vaksin ini, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ataupun anda boleh panjangkan persoalan anda ke alamat e-mel berikut : imunisasi@moh.gov.my 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular