Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kes-kes jenayah ragut yang semakin berleluasa dan tidak mengenal mangsa.

Salah seorang mangsa ragut, Peggy, melalui laman Facebooknya bagaimanapun telah memuat naik kiriman yang memberi amaran kepada semua wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati, walaupun ketika berada di tempat awam yang masih mempunyai ramai pengunjung.

Pada 23 November lalu, Peggy menerusi kirimannya memaklumkan bahawa dia telah menjadi mangsa jenayah ragut di salah sebuah stesen minyak di Johor Bahru ketika dia berada di dalam tandas di stesen berkenaan.

柯敏敏/Facebook

Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, Peggy yang berseorangan dan turut membawa bersama beg tangannya sudah menyedari bahawa seseorang sedang memerhatikannya di tandas yang bersebelahan dengannya.

“Saya tidak berani untuk keluar.”

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, Peggy memutuskan untuk keluar dari tandas berkenaan dan sebaik sahaja keluar, dia diserang oleh seorang lelaki yang menolaknya sehingga jatuh ke lantai dan cuba untuk meragut beg tangannya sambil mengarahkan Peggy untuk berdiam diri.

柯敏敏/Facebook
柯敏敏/Facebook

Tetapi, apabila menyedari bahawa lelaki itu tidak bersenjata pada waktu itu, Peggy dengan beraninya terus menyerang lelaki itu semula sambil menjerit mendapatkan bantuan orang ramai.

“Saya menendang dan memukulnya sambil menjerit bagi mendapatkan bantuan. Syukurlah, saya bersaiz lebih besar daripadanya,” tulis Peggy.

Selepas mendengar kekecohan yang berlaku, seseorang yang meletakkan kenderaan berdekatan dengan tandas berkenaan telah terdengar jeritan Peggy dan kakitangan di stesen minyak itu juga telah menyaksikan sendiri penjenayah yang cuba untuk melarikan diri dari stesen minyak itu dan mereka bersama-sama telah mengejar dan menangkap penjenayah itu.

柯敏敏/Facebook

“Terima kasih diucapkan kepada 6-7 orang yang membantu,” tulis Peggy memberi penghargaan kepada insan yang telah membantunya.

Selepas penjenayah itu berjaya diberkas dan diserahkan kepada pihak polis, Peggy kemudiannya telah membuat laporan polis dan Peggy sangat bersyukur, kerana semuanya dalam keadaan yang selamat.

Oleh itu, diingatkan kepada orang ramai terutamanya wanita, untuk sentiasa mempunyai peneman walau dimanapun kita berada. ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular