Seorang lelaki gelandangan dari Portland, Oregon, menerima pujian ramai setelah dia menyumbangkan semua wang yang dimilikinya kepada Persatuan Sejarah Oregon setelah penunjuk perasaan menghancurkan tingkap bangunan persatuan itu semasa demonstrasi berlangsung.

Pada 11 Oktober lalu, protes Portland berubah menjadi rusuhan di mana para penunjuk perasaan menjatuhkan patung Abraham Lincoln dan Theodore Roosevelt sebagai tanda protes terhadap Hari Columbus dan menyokong Hari Orang Asal.

Pintu bangunan Persatuan Sejarah Oregon yang telah musnah dalam tunjuk perasaan yang berlangsung pada 11 Oktober lalu. Kredit: Nathan Howard/Getty Images

Para penunjuk perasaan juga melemparkan suar ke dalam bangunan Persatuan Sejarah Oregon dan mencuri selimut warisan Afro-Amerika buatan tangan yang tidak ternilai, yang telah dijahit oleh 15 orang wanita berkulit hitam dari Portland pada tahun 1970-an.

Pengarah eksekutif persatuan, Kerry Tymchuk, menyatakan secara terbuka bahawa pihaknya bekerja dengan tekun untuk menghormati Orang Asal Amerika Oregon.

Ketika berita vandalisme ini tersebar pada pagi Isnin, sumbangan dari orang ramai mula dikumpul untuk membantu memperbaiki kemusnahan yang berlaku.

Tetapi satu sumbangan yang diterima adalah lebih menonjol berbanding yang lain.

Wang tunai 1 dolar yang diterima oleh Persatuan Sejarah Oregon hasil sumbangan ikhlas seorang gelandangan, Oscar.

Tymchuk menerima nota, yang ditulis tangan pada sehelai kertas tisu yang dikirim oleh seorang gelandangan bernama Oscar. Nota itu disertakan dengan wang tunai bernilai $1.

“Saya tiada tempat tinggal,” tulis nota itu.

“Jadi saya tidak dapat menyumbang dengan banyak, hanya wang yang saya dapat daripada mengumpul botol. Tetapi saya melihat tingkap anda sudah pecah dan saya mahu membantu. “

Catatan itu juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Persatuan Sejarah Oregon untuk lawatan percuma yang pernah diterimanya.

“Tidak ada [dari sumbangan ini] yang mempengaruhi saya seperti hadiah dari jiran kita, Oscar,” kata Tymchuk, sambil menambah bahawa pihaknya berterima kasih atas banyak sumbangan yang telah diberikan oleh orang ramai selama bertahun-tahun.

“Kami bersyukur menerima banyak sumbangan selama bertahun-tahun, lebih dari satu juta dan lebih banyak dolar. Tiada sumbangan lain yang lebih bermakna untuk saya, dan masyarakat, berbanding sumbangan satu dolar ini,” tambah Tymchuk.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular