Sebuah laman web pemeriksa fakta bebas untuk Facebook, PolitiFact baru-baru ini mengeluarkan pembetulan setelah melabelkan posting Candace Owens di Facebook yang menyatakan calon presiden Demokrat Joe Biden tidak dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai ‘palsu’.

PolitiFact mengeluarkan kenyataan berikutan ancaman tindakan undang-undang akan diambil daripada pengulas konservatif dan aktivis politik yang popular itu.

“Pembetulan: PolitiFact pada asalnya melabel video ini sebagai palsu dalam kapasiti kami sebagai pemeriksa fakta pihak ketiga untuk Facebook. Pada 20 November, rayuan ke atas keputusan tersebut telah dibuat bagi pihak Cik Owens. PolitiFact meluluskan rayuan tersebut pada 20 November, memutuskan bahawa pembetulan itu adalah berpatutan, dan mengalihkan rating ‘palsu’,” jelas PolitiFact.

Candace Owens, pengulas konservatif dan aktivis politik, di Washington pada 25 Jun, 2019. (Samira Bouaou/The Epoch Times)

Joe Biden mengumumkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden dan kebanyakan saluran media merujuknya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang dipilih. The Epoch Times tidak mengumumkan keputusan tersebut sehingga semua proses litigasi yang membabitkan keputusan pilihan raya selesai.

Dalam video di Facebook tersebut, Owens membincangkan bagaimana Biden tidak dipilih sebagai Presiden sehingga pihak Electoral College memutuskan siapa yang layak dipilih dan undi tersebut akan dikira dalam sesi bersama di Kongres pada 6 Januari 2021.

“Joe Biden secara literal dan sah di sisi undang-undang belum menjadi Presiden yang dipilih. Jadi mengapa media berpura-pura bahawa beliau dipilih?” Owens menerusi kapsyen dalam video itu.

PolitiFact menilai kenyataan itu sebagai ‘palsu’ atau tidak benar, yang telah mendorong ancaman tindakan undang-undang akan diambil oleh Candace Owens.

“Beberapa minggu lalu, Facebook menapis posting saya yang dengan jujur ​​menyatakan bahawa Joe Biden BUKAN Presiden yang dipilih. Oleh itu, saya melibatkan peguam. Kesimpulannya? PolitiFact tidak menapis siaran tersebut dan mengakui bahawa mereka BERBOHONG dengan menilai posting saya sebagai ‘palsu’. Pemeriksa fakta telah berbohong untuk Demokrat,” tulis Owens pada 28 November, setelah pembetulan dikeluarkan.

Pembetulan itu tidak dimuat naik di laman web PolitiFact.

PolitiFact, yang menerima dana dari Facebook merupakan salah satu daripada beberapa laman web yang digunakan oleh platform media sosial untuk melakukan pemeriksaan fakta, yang menerima pelbagai kritikan kerana sering bersifat subjektif dan berat sebelah.

LEON NEAL/AFP via Getty Images

Kebanyakan pemeriksa fakta atau ‘Fact-Checker’ Facebook di dominasi oleh penyumbang dana, kakitangan dan organisasi berhaluan kiri, lapor The Epoch Times pada bulan September.

PolitiFact menerbitkan sebuah artikel awal bulan lalu yang mengatakan Joe Biden ‘adalah Presiden Amerika Syarikat yang dipilih’ walaupun laman web tersebut mengakui proses keputusan pilihan raya masih berjalan dan belum selesai mengakibatkan deklarasi itu menjadi bersifat subjektif.

PolitiFact tidak memberi respon untuk menjawab sebarang komen. Jurucakapnya sebelum ini memberitahu The Epoch Times bahawa laman web tersebut telah lulus ujian proses pemeriksaan fakta di bawah International Fact-Checking Network, dengan menjalani proses ujian yang ditetapkan secara berulang kali.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular