Impian untuk berkahwin dan menghabiskan hidup dengan insan yang tersayang menjadi antara impian yang diidamkan oleh ramai wanita. Bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik untuk menemui jodoh yang telah ditentukan untuk mereka.

Wanita dari Singapura yang tabah ini bagaimanapun menunjukkan sisi kekuatannya dengan cara yang agak unik apabila bakal suaminya memutuskan untuk membatalkan rancangan perkahwinan mereka pada tiga minggu sebelum majlis diadakan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasha Ali (@shashamsstellar)

Shasha Ali, atau nama sebenarnya Shah Nor Al’ Hidayattee melalui saat getir ini dengan sokongan dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakannya. Walaupun kecewa, Shasha bagaimanapun bangkit dengan sesi penggambaran perkahwinan tanpa pengantin lelaki di sisi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasha Ali (@shashamsstellar)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasha Ali (@shashamsstellar)

Walaupun kini Shasha telah dikecewakan oleh insan yang dicintai, namun jelas dapat dilihat menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Shasha di laman Instagramnya bahawa dia kini semakin kuat dalam meneruskan kehidupannya sebagai wanita solo.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasha Ali (@shashamsstellar)

Melalui perkongsian di laman Instagramnya juga, dapat dilihat bahawa ramai warganet yang turut meninggalkan kata-kata semangat dan dorongan kepada Shasha yang menempuhi liku kehidupan yang agak sukar ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasha Ali (@shashamsstellar)

Jelas sekali, wanita dari negara seberang ini tidak mudah goyah dengan cabaran yang menimpanya. Dia malahan menggunakan cabaran itu sebagai satu batu lonjakan untuk menaikkan semangat dan keyakinan dirinya.

Semoga Shasha akan terus maju jaya dan dipertemukan dengan jodoh yang baik selepas ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular