Gara-gara membawa pokok pisang di dalam kereta, seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios di Skudai, Johor Bahru telah dikenakan denda.

Ini kerana batang dan daun pokok pisang yang dibawa pemandu tersebut terkeluar daripada tingkap kereta hingga daunnya terseret di atas jalan raya.

Menurut sumber, insiden berkenaan berlaku di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, di mana ia  dirakamkan dan kemudiannya tular di media sosial.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata pemandu berusia 30 tahun yang merupakan warga tempatan itu telah berjaya dikesan.

Pihaknya juga telah mengeluarkan saman di bawah LN 166/59 Peraturan 20 kerana membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, pihak polis mendapati bahawa pemandu berkenaan bukanlah pemilik kenderaan yang digunakan itu.

Pihak polis dalam pada itu telah pun menghubungi pemilik kereta yang berada di Singapura untuk memberi kenyataan pada 29 November.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Oleh kerana pemilik kereta itu berada di luar negara, individu terbabit telah meminta anaknya untuk menjelaskan situasi itu pada pihak polis.

“Anak pemilik kereta berkata bahawa kereta bapanya itu dipandu oleh sepupunya dan pokok pisang berkenaan dibawa untuk upacara keagamaan di Mutiara Rini”.

Pemandu terbabit walau bagaimanapun telah hadir di balai polis trafik Iskandar Puteri dan menyerah diri pada jam 9:30 pagi pada 29 November.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Dzulkhairi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bahawa pemandu itu mempunyai 18 saman lalu lintas, termasuk empat waran tangkap dan 10 saman yang tidak dapat dikompaun.

Pemandu itu juga perlu menyelesaikan enam saman tertunggak berjumlah RM1,200 di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari yang sama.

Selain itu, kereta Toyota Vios itu disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempunyai cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular