Atas rasa simpati dan empati, rakyat Malaysia rata-ratanya sangat pemurah dan sedia sahaja menyumbang kepada insan yang memerlukan.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan Foodpanda tular gara-gara pendedahan yang dibuat oleh laman Facebook, Uncle Kentang.

Dedah Uncle Kentang yang sedang makan pada suatu malam, seorang penghantar makanan Foodpanda datang menghampirinya.

#他为我们国家带来光芒
昨晚我正在吃晚餐
一名Food Panda的送餐员走过来
问我是不是Uncle…

Posted by 马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang on Wednesday, 25 November 2020

 

马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang/Facebook

Individu terbabit kemudiannya bertanya, sama ada adakah insan dihadapannya itu merupakan Uncle Kentang.

Penghantar Foodpanda itu lantas mengeluarkan RM100 dan menyerahkannya pada Uncle Kentang sebaik mengetahui insan itulah yang dimaksudkannya.

Berasa terkejut dengan tindakan lelaki itu, Uncle Kentang bertanya untuk apakah wang itu diberinya. “Berikan pada golongan yang memerlukan”, jawab individu terbabit.

Gambar Hiasan/Facebook

Sempat juga Uncle Kentang merakamkan foto penghantar Foodpanda terbabit sebelum dia kembali menaiki motosikalnya untuk beredar.

“Tindakannya itu memberi sinar harapan kepada negara kita”, tulis laman Facebook terbabit.

Walaupun gigih mencari rezeki dengan menghantar makanan, namun insan terbabit sanggup menyumbangkan wang untuk membantu individu yang jauh lebih susah daripadanya.

马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang/Facebook

Insiden itu ternyata mengharukan Uncle Kentang yang turut berharap agar penghantar tersebut kekal selamat di jalan raya ketika menjalankan tugas.

“Saya akan gunakan wang kamu untuk beli makanan dan agihkan kepada individu yang memerlukan”, tulis Uncle Kentang.

Sememangnya individu terbabit memiliki budi pekerti yang luhur dan hati yang begitu pemurah, bukan? Semoga rezekinya kian bertambah hendaknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular