Berikutan peningkatan kos bahan mentah dan logistik, jenama pengeluar roti terkenal di Malaysia, Gardenia, menerusi surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak mereka telah memaklumkan kepada orang ramai tentang kenaikan harga jualan bagi sembilan jenis roti keluarannya mulai 1 Disember 2020.

Menurut laporan oleh 998.com, jenis roti yang terlibat dalam kenaikan harga ini kebanyakannya adalah roti yang mempunyai inti di dalamnya, manakala, roti putih yang lazimnya dibeli oleh orang ramai, masih lagi mengekalkan tanda harga yang sama.

OH! MEDIA/Twitter

Antara jenis roti yang terlibat dalam senarai kenaikan harga yang dinyatakan adalah seperti:

  • Delicia Butterscotch
  • Delicia Choco Raisin
  • Delicia Raspberry Milk & Cranberries
  • Toast’em Butter Raisin
  • Squiggles Choco Malto
  • Squiggles Funky Strawberry
  • Delicia Soft Roll Butter Toffee
  • Fluffy Bun Red Bean (single bun)
  • Delicia Sambal Bilis

Kenaikan harga jualan sebanyak 5% dari harga asal bagi roti-roti yang terlibat ini telah diumumkan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Pada 27 November lalu dan telah menjadi tular di media sosial beberapa hari kemudiannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular