Syarikat penghantaran makanan terkenal, FoodPanda di Singapura kini menawarkan pekerjaan impian buat pencinta makanan apabila mereka membuka iklan jawatan ‘Chief Makan Officer’ (CMO) dengan peluang bekerja memeranjatkan.

Pemohon warganegara Singapura yang berminat akan diberi gaji bulanan SGD1,000 (RM3,000) ditambah elaun makanan sebanyak SGD5,000 (RM15,000). ‘Mencuri makan ketika sedang mengikuti kuliah’ dianggap pengalaman kerja yang relevan.

Paparan Skrin/foodpanda.sg

Menurut laman sesawang FoodPanda, syarat atau keperluan jawatan ‘Chief Makan Officer’ termasuk mengunjungi restoran yang bekerjasama dengan FoodPanda, merasa setiap makanan dan membuat kandungan dengan ulasan menarik yang diinginkan.

Syarat permohonan dalam iklan jawatan menyatakan ‘mencuri makan dalam kuliah atau kelas’ dan sering memuat naik gambar makanan yang menyelerakan atau mengiurkan adalah dianggap pengalaman yang relevan.

Pemohon harus memiliki kadar metabolisme yang baik dan optima, kerana syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya CMO tiba-tiba menambah berat badan ketika menjalankan tugas.

CMO juga berpeluang untuk bekerja di belakang tabir dan mengunjungi restoran-restoran terpilih FoodPanda dan gudang pasar raya milik FoodPanda, Pandamart.

Sekadar Gambar Hiasan/Instagram

Walau bagaimanapun, syarat untuk menjadi CMO itu termasuk mengetahui atau arif di mana lokasi pusat gerai makanan terhangat dan dapat meramalkan kafe mana yang akan menjadi lokasi panas dan tumpuan pencinta makanan atau pelanggan yang seterusnya.

FoodPanda akan memberikan kontrak tiga bulan untuk jawatan ini, dengan gaji bulanan SGD1,000 (RM3,000), ditambah elaun makanan SGD5,000 (RM15,000) sebagai perbelanjaan membeli makanan yang boleh dimakan. Pemohon mestilah warganegara Singapura dan sekiranya berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang foodpanda.sg .

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular