Sebagai seorang pencinta kucing, kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah dan meninggalkan kucing kesayangan kita sendirian. Hati menjadi resah dan rindu apabila mengenangkan si comel yang berada di rumah. Lebih-lebih lagi sekiranya kucing peliharaan anda juga tidak mahu berenggang dengan anda, pasti sukar untuk anda membiarkan si gebu yang manja itu sendirian.

Jadi, inilah yang berlaku kepada seorang penuntut universiti di China apabila dia terpaksa membawa kucingnya ke kelas. Malah, kucingnya juga seolah-olah mempunyai pakatan dengan tuannya dan duduk diam di ruang meja bagi mengelakkan kehadirannya diketahui oleh pensyarah.

Pelajar yang dikenali sebagai Wen itu telah memuat naik video berkenaan di laman TikTok sebelum ianya menjadi tular di internet. Menurut Wen, dia terpaksa ‘menyeludup’ kucingnya ke kelas memandangkan kucing itu enggan membenarkan Wen keluar rumah tanpa membawanya bersama.

Jelas Wen, sewaktu sedang bersiap untuk ke kelas, kucing kesayangannya yang diberi nama Ba Dun itu mula menggeselkan badan dan memeluk kakinya. Ba Dun juga menunjukkan riak muka sedih seolah-olah meminta Wen untuk berada di sisinya.

“Tetapi saya sudah terlambat untuk ke kelas. Saya tidak sanggup membiarkan Ba Dun kesedihan jadi saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama ke kelas”.

Setibanya di kelas, Wen telah meletakkan Ba Dun yang baru berusia setahun ke dalam ruang mejanya. Pada ketika itu, Wen sempat mengambil gambar Ba Dun yang kelihatan sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kehadirannya tidak diketahui. Namun, ianya hanya terbongkar setelah video tersebut menular.

“Ba Dun sangat baik dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi”.

Ketika ditanya mengenai maksud di sebalik nama Ba Dun, Wen menjelaskan bahawa Ba Dun yang bermaksud ‘lapan hidangan’ diberikan kerana selera kucingnya yang besar. Katanya, sekiranya dibiarkan, Ba Dun boleh makan sebanyak lapan kali sehari.

Comel betul peristiwa ini. Jika anda mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama, anda boleh kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular