Romain Grosjean, pelumba Formula 1 yang turut serta dalam perlumbaan Grand Prix Bahrain pada Ahad 29 November lalu.
Beliau hampir berdepan maut apabila kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di litar sehingga menyebabkan kenderaannya terbahagi dua dan terbakar dengan serta-merta.
Semasa kejadian itu, Grosjean yang berusia 34 tahun itu sedang memecut laju di dalam litar ketika dia mahu mendapatkan tempat ke kanan sehingga menyebabkan kenderaannya terlanggar kenderaan yang dipandu oleh Daniil Kvyat sebelum kenderaan Grosjean terbabas di bahu jalan dan melanggar penghadang litar.
Beberapa saat selepas kenderaan Grosjean mula terbakar, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian untuk memadamkan api dan tidak lama kemudian, sosok tubuh Grosjean mula keluar dari kenderaannya yang terbakar itu, menandakan bahawa pelumba Formula 1 itu terselamat.
Menurut kiriman oleh laman Twitter Formula 1 selepas insiden itu, Grosjean dalam keadaan yang baik dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Romain baik-baik saja, saya tidak mahu membuat komen dari segi perubatan tetapi dia mengalami luka ringan di tangan dan pergelangan kaki. Romain jelas sekali sangat terkejut… Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kru penyelamat yang sangat pantas bertindak. Kakitangan marshal dan FIA melakukan tugas yang hebat, itu menakutkan ”
Grosjean dalam satu kiriman video yang dimuat naik oleh Haas F1 Team di laman Twitter ketika menerima rawatan di hospital pula sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang bertugas di litar, di hospital dan beliau berharap agar dia akan kembali sihat dan boleh menceritakan segalanya kepada para peminatnya.
An update from Romain himself. Pleased to see you’re in good spirits! We hope you make a speedy recovery ???? pic.twitter.com/njnjjH4GBi
— Haas F1 Team (@HaasF1Team) November 29, 2020
Maybe you're interested :
- Parti Komunis China didapati tetap meneruskan aktiviti jenayah penuaian organ manusia walaupun dalam keadaan wabak yang menular
- Lebih 15,000 pengamal Falun Gong dianiaya rejim China pada tahun 2020 – Laporan
- Pengasas WhatsApp tidak puas hati dengan pengurusan Facebook berkaitan isu privasi pengguna lalu tubuhkan Signal