Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya yang dilihat menyerang seorang pekerja kilang warga asing dari Myanmar.

Ia susulan satu video tular pada 29 November lalu yang menyaksikan anggota polis berulang kali menendang pekerja asing di Taman Jasmin, Senawang.

Berikut merupakan video yang tular berkenaan :

@My_CrimeWatch/Twitter

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim, beliau telah dimaklumkan mengenai video tersebut dan siasatan akan dijalankan bagi mengesahkannya.

“Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada”, tambahnya.

@MyWatch/Twitter

Ketika insiden, mangsa sedang duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk ke pusat kuarantin.

Dalam video itu, jelas kelihatan anggota itu menyerang mangsa, sambil disaksikan oleh seorang lagi anggota lain di belakangnya.

Jelas Mohd Said, pihaknya akan menjalankan siasatan kes secara terperinci di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan tanpa sebarang kompromi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular