Program kitar semula bukanlah sesuatu yang baru dilancarkan. Di luar negara seperti di Korea Selatan ataupun di Jepun program sepert ini boleh dikatakan berjaya namun masih banyak negara yang gagal melakukannya dengan baik dan berkesan. Jadi, untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti kertas, atau plastik ada kempen lain yang dijalankan oleh beberapa buah syarikat gergasi.

Samsung

Antara contoh yang boleh dilihat kini ialah syarikat Samsung. Syarikat gergasi itu kini telah muncul dengan sebuah idea kreatif untuk mengurangkan sampah dengan membolehkan pelanggan menggunakan semula kotak televisyen untuk mencipta sesuatu yang lebih baik.

Samsung

Seperti yang dilaporkan oleh Business Insider, syarikat teknologi Korea Selatan itu kini mengeluarkan kotak mesra alam baru untuk televisyen. Apa yang menariknya, kotak ini boleh diubah menjadi peralatan rumah yang cukup berguna. Misalnya, kotak ini boleh diubah menjadi rumah kucing atau tempat meletakkan buku dan majalah.

Samsung

Selain itu, kotak itu juga akan dilengkapi dengan manual arahan mengenai cara membuat ciptaan kadbod DIY ini.  Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan imbas kod pada kod QR yang telah disediakan. Sangat mudah bukan? Hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda, semua langkah sudah tersedia. Hanya perlu ikut sahaja panduan yang diberikan.

Samsung

Usaha ini meruapakan cara syarikat Samsung untuk mengehadkan pengeluaran sampah dan mendorong orang ramai untuk melaksanakan kitar semula. Jadi, bagi anda yang bakal mendapatkan TV daripada syarikat ini pastikan anda menggunakan kotak bungkusan TV anda dengan sebaik mungkin. Jangan buang tetapi gunakan untuk keperluan di rumah.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular