Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar buat semua. Ada yang dipotong gaji, ada yang hilang pekerjaan dan ramai juga yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan mereka dapat meneruskan kehidupan.

Tidak kira panas, hujan, susah seperti apa pun kerja itu mereka sanggup meredah semua itu demi kelangsungan hidup. Antara golongan yang boleh dijadikan contoh dan inspirasi ialah mak cik ini…

Fotonya telah dimuat naik ke laman Facebook oleh seorang netizen, Mohd Fadzli Ayong yang menunjukkan gambar seorang mak cik yang sedang duduk di sebuah kedai makan.

Facebook

Dengan baju seragam FoodPanda dan beg makanan yang ada bersamanya jelas menunjukkan dia sedang bekerja dengan menghantar makanan.

Ramai yang perasan bahawa mak cik ini bukan lagi muda seperti penghantar makanan lain, tetapi nampaknya usia bukan penghalang untuk dia terus keluar bekerja mencari rezeki.

Gambar Hiasan/Facebook

Tanpa memikirkan usia tuanya, dia sanggup meredah jalan yang sibuk, cuaca yang panas atau mungkin hujan lebat demi mencari wang.

Semua itu bukan alasan buatnya dan selagi dia punya tenaga dan kekuatan dia akan terus bekerja tanpa meminta-minta kepada sesiapa pun. Semoga terus kuat dan murah rezeki mak cik!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular