BUENOS AIRES – Tindakan tiga pekerja pengebumian mengambil swafoto bersama mayat legenda bola sepak Argentina iaitu mendiang Diego Maradona akhirnya menyebabkan mereka dipecat oleh majikan.

Penularan gambar swafoto tersebut di media sosial dianggap sebagai tidak menghormati mendiang dan mengundang kemarahan para peminat Maradona. Salah seorang pekerja yang dikenali sebagai Diego Molina dikatakan bertindak keterlaluan dan menerima kecaman hebat setelah memuat naik gambarnya meletakkan tangan di kepala mendiang manakala tangan kirinya pula menunjukkan isyarat bagus.

Tindakan Molina mencetuskan kemarahan ramai peminat Maradona sehingga ada yang mengugut untuk membunuhnya. Sementara itu, Sepelios Pinier yang merupakan pemilik pusat pengebumian turut memaklumkan kepada media tempatan bahawa ketiga-tiga pekerja berkenaan telah pun diberhentikan perkhidmatan.

Maradona dilaporkan meninggal dunia di dalam tidurnya pada Rabu yang lalu selepas mengalami serangan jantung. Sebelum itu, beliau yang berusia 60 tahun dikatakan sedang menjalani rawatan di rumahnya selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular