QUANZHOU – Dua lelaki dari China telah memecahkan pintu lif sebelum terjatuh ke dalam ruang bawah lif selepas disyaki terlalu mabuk.

Menerusi rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV), kejadian yang berlaku pada 21 November ini melibatkan seorang lelaki berbaju hitam sedang membantu seorang lelaki berbaju putih untuk memasuki lif di sebuah hotel. Bagaimanapun, kedua-duanya yang hilang keseimbangan dilihat tidak mampu berjalan dengan betul sehingga terjatuh ke arah pintu lif.

Akibatnya, pintu lif berkenaan telah tercabut sekali gus menyebabkan kedua-dua lelaki ini terjatuh ke dalam lubang lif. Pegawai polis dan anggota paramedik segera tiba ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan dan menyelamatkan mangsa.

Kedua-duanya dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Berdasarkan video berdurasi 35 saat itu juga, dilihat kedua-dua mangsa belum sempat untuk menekan butang lif kerana sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, nescaya pasti kejadian yang lebih buruk bakal menimpa mereka.

Sebelum ini, turut menular sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki mabuk yang cuba membuka pintu lif dengan badannya. Selepas beberapa kali, pintu lif itu terkopak dan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalamnya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 20 Julai lalu di wilayah Henan, China. Pihak penyelamat tiba di kawasan kejadian dan mengambil masa selama 20 minit untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular