Pernahkah anda terfikir untuk ‘menjual’ wajah anda? Jika ya, nampaknya ada sebuah syarikat dari Jepun yang berkeinginan untuk membelinya.

Pembuat topeng muka dari Jepun itu, Kamenya Omoto difahamkan berminat untuk membeli wajah atau muka dengan harga 40,000 yen (RM1,560).

Kamenya Omote

Wajah individu yang telah dibeli itu kemudiannya akan dicetak secara 3D yang sangat realistik dalam bentuk ‘hyper-realistic mask’ berdasarkan wajah sebenar.

Kamenya Omote

Topeng muka tersebut kemudiannya akan dijual semula di pasaran dengan harga lebih kurang $940 (RM3,823).

Dan sekiranya topeng muka terbabit dijual dengan agak laris, maka pemilik wajah sebenar difahamkan bakal mendapat komisen.

Kamenya Omote

Projek ini dikenali sebagai ‘The Face’ dilaksanakan bertujuan untuk mengadakan perubahan fiksyen terhadap idea membeli dan menjual wajah.

Namun tawaran ini hanya dibuka kepada individu berusia lebih 20 tahun di Tokyo, Jepun sahaja. Untuk tujuan keselamatan, identiti pemilik wajah tidak akan didedahkan.

Sungguhpun begitu, projek ini dilaporkan mendapat kritikan ramai ekoran ia melibatkan sains jual beli wajah, sekaligus mendorong kepada aktiviti jenayah.

Apa pendapat anda tentang projek ini? Kongsikan di ruangan komen ya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular