PENNSYLVANIA – Senator Amerika Syarikat, Doug Mastriano yang juga seorang penyokong Parti Republik mendakwa terdapat banyak bukti yang menunjukkan pemilihan presiden di Pennsylvania telah dikompromikan sekali gus mencetuskan kecurigaan.

“Ada banyak bukti bahawa pemilihan presiden dikompromikan. Jika ini yang berlaku, di bawah Artikel II, Bahagian 1.2 Perlembagaan Amerika Syarikat, badan perundangan negara memiliki satu-satunya kuasa untuk mengarahkan kaedah pemilihan perwakilan ke Electoral College”.

“Kuasa ini diberikan kepada badan legislatif negara bertujuan untuk melindungi perlantikan presiden negara khususnya daripada sebarang rasuah dan memastikan rakyat tidak dilucutkan hak untuk melalui proses pemilihan tanpa amanah. Justeru, kami memperkenalkan satu resolusi untuk melaksanakan kewajipan dan kuasa autoriti untuk melantik perwakilan ke Electoral College,” tulis beliau di Twitter.

Penyokong Presiden Donald Trump berkumpul di luar hotel Wyndham Gettysburg sebelum pendengaran awam Jawatankuasa Dasar Majoriti Senat Pennsylvania untuk membincangkan isu dan penyelewengan pilihan raya 2020, di Gettysburg, Pada 25 November 2020. (Samuel Corum/Getty Images)

Pada Jumaat yang lalu, Mastriano dan beberapa anggota parlimen lain telah mengumumkan cadangan mereka untuk memperkenalkan resolusi bagi membantah keputusan pilihan raya, Mereka telah mengemukakan tuduhan yang menyatakan ‘penyelewengan dokumentasi dan penyelewengan yang berkaitan dengan pengundian pos, pra pemeriksaan dan pemeriksaan telah menjejaskan proses pengundi kami. Kesimpulannya, kami tidak dapat menerima perakuan keputusan pilihan raya di seluruh negeri.

Resolusi berkenaan turut meminta Dewan Perwakilan Pennsylvania untuk mengakui tuduhan penyelewengan itu dan bantahan yang digambarkan oleh penggubal undang-undang sebagai pelanggaran terhadap Perhimpunan Agung dengan tujuan untuk mengatur pilihan raya.

Antara bukti yang disebutkan adalah seperti yang berikut:

  • Tindakan Setiausaha Pennsylvania iaitu Kathy Boockvar melanjutkan tarikh pengundian pos tanpa mendapatkan kebenaran daripada badan perundangan.
  • Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengarah pegawai pilihan raya untuk mengasingkan undian yang tiba selepas tarikh akhir diumumkan sementara pihak hakim sedang mempertimbangkan kesahihan tindakan berkenaan

Di dalam resolusi tersebut, penggubal undang-undang Pennsylvania turut tidak bersetuju dengan pengesahan keputusan pilihan raya dan menganggapnya sebagai ‘tidak matang’. Mereka turut mahu Kathy Boockvar dan Gabenor Tom Wolf (Ahli Demokrat) untuk menarik diri atau membatalkan pengakuan keputusan. Bukan sahaja itu, mereka turut meminta Kongres Amerika Syarikat untuk ‘mengumumkan penyelewengan di dalam pemilihan calon presiden’.

Presiden Donald Trump (Kiri) dan calon presiden Demokrat Joe Biden dalam gambar fail. (Getty Images)

Sehingga kini, seramai 26 daripada 203 Ahli Dewan Parlimen telah memberikan tajaan untuk resolusi tersebut dan tidak pasti sama ada mereka memiliki sokongan yang kuat untuk meluluskan resolusi itu. Namun begitu, seorang hakim berpendapat bahawa tuntutan resolusi yang diajukan oleh Republikan mungkin akan menunjukkan hasil positif.

Jelas Hakim Patricia McCullough, “Petisyen ini mungkin akan berjaya memandangkan Perlembagaan tidak menyediakan mekanisme bagi badan perundangan untuk membenarkan pengundian dijalankan tanpa kehadiran pengundi dan pindaan perlembagaan”.

Sementara itu, Mastriano menyatakan bahawa badan perundangan sedang berusaha untuk menuntut kuasa bagi melantik calon negeri ke Electoral College, satu mekanisme yang jarang berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat. 

“Kami akan berjuang. Kami akan terus berjuang hingga ke Mahkamah Agung sekiranya perlu”.

Di Twitter, Trump menulis bahawa beliau telah memenangi Pennsylvania dengan jumlah undian yang banyak, mungkin lebih banyak daripada yang akan diketahui oleh semua orang. Keputusan terkini menunjukkan calon presiden Demokrat iaitu Biden telah memenanginya dan beliau turut melaksanakan kempen untuk menafikan tuduhan penyelewengan pilihan raya yang dilemparkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular