KUALA LUMPUR – Pengasas syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan menjual hartanahnya seluas 125 ekar yang terletak di Dalrymple, Scotland dengan harga GBP2.5 juta (RM13.5 juta).

Savills

Akhbar tabloid Britain, The Sun melaporkan bahawa seperti kebanyakan orang lain, pengasas syarikat penerbangan itu turut sama terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia kini.

Hal tersebut membuatkan beliau terpaksa menjual hartanah miliknya yang terletak di Ayrshire yang dilengkapi dengan tiga struktur yang berasingan.

Tony, yang juga merupakan bekas pemilik kelab bola sepak Queens Park Rangers, dikatakan telah menetap di kediaman mewah itu selama tujuh tahun. Hartanah ini juga terletak pada sebidang tanah yang boleh memuatkan 94 buah padang bola.

Twitter

Menurut sebuah firma hartanah terkenal, Savills, Skeldon Estate milik Tony dilengkapi dengan lima buah bilik tidur di rumah utama dan dua daripadanya adalah ‘suite’ yang dilengkapi dengan bilik persalinan dan bilik mandi.

Kediaman mewah yang direka mengikut konsep klasik abad ke-18 bernama Skeldon House tersebut dipercayai direka oleh James Miller.

Savills

Tingkat bawah rumah tersebut dilengkapi dengan ruang tamu yang mengagumkan dengan lantai berjubin hitam dan putih dan tangga utama yang menuju ke galeri. Dari situ terdapat ruang tamu besar yang menghala ke timur manakala di sebelah timur pula terdapat ruang makan.

Savills

Ruang tamu seluas 9,000 kaki persegi juga mempunyai kemudahan mewah, seperti gimnasium, sauna, bilik permainan, bilik minuman keras dan banyak lagi.

Savills

Di sekitar rumah itu pula, terdapat pemandangan hijau yang sangat cantik. Di luar rumah adanya taman-taman, tempat pejalan kaki yang melintasi tebing yang dipenuhi dengan tanaman rhododendron.

Savills

Savills

Selain daripada rumah utama, hartanah ini juga dilengkapi dengan ‘coach house’ abad ke-18 berbentuk ‘U’ dan pondok istana yang berkeluasan 976 kaki persegi dan dilengkapi dengan ruang rehat, dapur, bilik mandi dan dua buah bilik tidur.

Savills

Sementara itu, di sebelah rumah klasik itu juga terdapat sebatang sungai yang disebut sebagai River Doon yang dikatakan sangat romantis.

Sungai tersebut pula dikatakan bersebelahan dengan tempat kelahiran penyair Robert Burns, dan juga merupakan inspirasi di sebalik puisi naratifnya bertajuk Tam O’Shanter.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL Hartanah

Video Popular