Biasanya ibu bapa akan menggunakan botol susu untuk memberikan susu kepada anak kecil mereka. Itu adalah perkara biasa dilakukan oleh para ibu bapa, tidak hanya di negara kita malah di seluruh dunia.
Namun, berbeza dengan kebanyakan ibu bapa lain, seorang pengguna Instagram, dradenisevargas mengakui bahawa dia menggunakan cawan kecil untuk memberikan susu kepada bayi kecil.
Pada mulanya pasti ramai yang melihat perkara itu adalah sesuatu yang berbahaya kepada bayi tersebut tetapi kelihatan si kecil itu dapat minum susunya dengan baik sekali. Pegangan tangannya pada cawan juga kelihatan kuat.
View this post on Instagram
Perkara tersebut juga mungkin sesuatu yang sukar tetapi jika dilatih secara berterusan bayi kecil akan dapat membiasakan dirinya.
Ibu bapa atau penjaga juga perlu memastikan cara dan teknik yang digunakan untuk melatih si kecil adalah betul dan selamat. Lama-kelamaan anak kecil akan boleh untuk minum dengan cawannya sendiri!
Maybe you're interested :