ALOR SETAR – Beberapa buah khemah sementara yang didirikan untuk ujian saringan COVID-19 serta pemeriksaan kecemasan di bahagian hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kulim, dinaiki air akibat hujan lebat di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata, seperti yang dilaporkan kepada Berita Harian bahawa kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 5 petang semalam berikutan hujan lebat.

Facebook

Facebook

Dia juga memaklumkan bahawa banjir kilat tersebut berlaku disebabkan oleh masalah saliran di kawasan letak kereta yang terletak berhampiran dengan khemah yang dipasang.

“Sebelum ini, pihak Hospital Kulim sudah memohon untuk memperbesarkan longkang di kawasan parkir berkenaan. Saya juga sudah membangkitkan perkara ini kepada pihak atasan dan sedang menunggu tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Facebook

Walau bagaimanapun, dengan kerjasama dan tindakan pantas pihak hospital semua peralatan bernilai tinggi dari khemah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat. Mujur juga tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir itu.

Kawasan terbabit juga kembali digunakan selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular