Kita sering tertawa apabila menyaksikan keletah lucu haiwan-haiwan peliharaan di rumah, begitu juga dengan haiwan liar yang lain.

Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati kita, bukan? Samalah seperti gelagat seekor tupai yang berjaya dirakamkan ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman YouTube itu, tupai berkenaan menghadapi kesukaran untuk berdiri setelah memakan buah pir lama.

The Sun/YouTube

Menurut sumber, buah pir berkenaan telah ditinggalkan di atas meja di luar sebuah rumah yang terletak di Minnesota, Amerika Syarikat.

Tupai malang tersebut dilihat sedang mengunyah jagung dan bijian sebelum kelihatan aneh dan membingungkan, di mana tubuhnya sedikit terhuyung ke belakang.

The Sun/YouTube

Matanya pula tidak berkelip dan hanya menatap langit. Situasi itu terjadi beberapa kali sehinggalah akhirnya tupai itu dilihat memegang mangkuk. Barulah stabil!

Keadaannya dirinya sebegitu langsung tidak mematahkan selera makannya. Tupai itu masih lagi terus menjamu selera.

The Sun/YouTube

Menurut sumber, proses fermentasi berlaku secara semula jadi pada buah yang mengandungi gula. Jika dibiarkan lama, yis daripada udara akan mengubahnya menjadi alkohol dan karbon dioksida.

Jelas pemilik rumah, Kathleen Morlok, insiden itu bermula setelah dia membersihkan peti aisnya baru-baru ini. Saksikan video penuh di bawah :

“Saya terjumpa sebungkus plastik berisi buah pir lama. Saya tidak buang, sebaliknya meletakkan ia di atas dek untuk dimakan burung”.

Tambah Kathleen, dia langsung tidak perasan bahawa terdapat sebiji buah pir terjatuh di bawah meja sehinggalah dia ternampak seekor tupai mengambil dan memakannya.

Macam-macam…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular