Siapa sangka tahun ini akan menjadi sebuah tahun yang dipenuhi dengan onak dan kepayahan. Ramai antara kita yang sangat terjejas dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang.

Ada yang hilang punca rezeki, ada yang terpaksa menjual aset untuk bertahan hidup dan ada juga yang terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaan untuk memastikan kelangsungan hidup bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk keluarga.

Seorang anak muda bernama Kavie ini membuktikan dia sanggup bekerja apa sahaja asalkan dapat memperolehi rezeki setiap hari. Apa yang dilakukan ialah dengan menjual teh Masala di sekitar Brickfields dengan menaiki basikal.

Facebook

Kisah penuh pengajaran dan inspirasi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Jack Tan yang memuat naik kisah itu di laman Facebook, UnderMYPayung.

Melalui hantaran tersebut dia menceritakan tentang kegigihan Kavie dalam mencari rezeki dengan menjual teh.

Mungkin ramai yang tidak percaya jika dikatakan pemuda tersebut merupakan graduan UNITEN dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Memandangkan dia gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan bidangnya dia memutuskan untuk menjual teh.

Facebook

Apa yang lebih menariknya Kavie juga seorang penggemar teh jadi dia mendapatkan idea untuk menjual teh yang menggunakan resipinya sendiri dan rasanya sangat enak! Dia kemudian muncul pula dengan idea untuk berniaga dengan menggunakan basikal kerana menurutnya dengan basikal orang ramai akan lebih mudah untuk berjumpa dengannya bagi mendapatkan teh.

Idea asal tersebut diambil dari negara India sendiri di mana kebanyakan orang menggunakan basikal untuk menjual pelbagai barangan.

Mereka yang ada di sekitar Brickfields boleh menghantar melalui pesanan WhatsApp dan dia akan mengayuh basikalnya ke lokasi yang diberikan. Kavie biasanya berniaga sekitar jam 3.00 hingga 5.00 petang setiap hari dan sepanjang dua jam itu dia berjaya menjual sekitar 200 cawan teh!

Facebook

Ditanya mengapa dia hanya menjual teh sekitar jam 3.00 hingga 5.00 petang, dia memberitahu bahawa ketika itulah orang ramai suka untuk menikmati teh dan apa yang dikatakan memang betul sekali!

Buat anda yang mahu ‘melepak’ di Brickfields  sambil menikmati teh, jangan lupa untuk hubungi Kavie di 018 390 0171. Rasakan sendiri keenakan teh buatannya sendiri!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular