Sebuah kejiranan di Filipina digemparkan dengan kehadiran 42 penunggang FoodPanda selepas seorang budak perempuan membuat pesanan makanannya menggunakan aplikasi penghantaran FoodPanda.

Kanak-kanak berusia 7 tahun dari Cebu itu mendapat kejutan seumur hidup apabila 42 penunggang FoodPanda turut terkejut apabila mendapati mereka terpaksa berbaris untuk menghantar satu pesanan hidangan filet ayam dan kentang goreng yang sama ke alamat rumah yang sama. 

Sunstar melaporkan, satu jalan sempit di Barangay Mabolo dipenuhi dengan penghantar makanan FoodPanda kerana kesalahan membuat pesanan dalam sistem menggunakan aplikasi FoodPanda menyebabkan budak perempuan itu menempah 42 makanan yang sama.

Gadis kecil ini berada di rumah bersama neneknya ketika insiden jam 11 ​​pagi pada 25 November itu berlaku. Kedua ibu bapanya berada di tempat kerja dan mereka meninggalkannya telefon pintar supaya anak ini dapat memesan makanan atas talian untuk diri dan neneknya.

Salah seorang jiran di kejiranan itu, Dann Kayne Suarez mendedahkan sebenarnya kanak-kanak ini sudah biasa menggunakan aplikasi FoodPanda dan memesan makanan pada masa lalu. 

Namun, oleh kerana capaian internet amat lemah semasa pesanan dibuat pada hari itu, dia mengesahkan menu pesanan berulang kali ketika aplikasi tersekat dan menyebabkan gangguan di mana 42 pesanan dihantar dan bukan hanya satu.

Keadaan yang telah menyebabkan kekalutan dan kekeliruan ketika semua penunggang tiba tepat pada masa yang sama di jalan yang sempit dalam kejiranan itu. Dann merakamkan kejadian itu dan menceritakannya menerusi laman Facebooknya.

Setiap bungkusan filet ayam mengandungi bersama nasi dan kentang goreng dengan harganya sekitar RM16 setiap satu ketika penghantaran. Kanak-kanak itu menjadi terkejut kerana perlu membayar jumlah RM672 keseluruhan.

Oleh kerana 42 orang penunggang datang serentak dan berbaris di hadapan pintu rumahnya, kanak-kanak ini menjadi terkejut, takut dan terus menangis. Ibu bapanya hanya meninggalkan wang yang hanya cukup untuk satu set hidangan filet ayam.

Namun syukur, jiran-jiran telah menyelamatkan anak ini dengan membeli set filet ayam itu untuk mereka sendiri dan membayar terus kepada penghantar makanan. 

Ini termasuk Dann yang memuat naik gambar kotak-kotak filet ayam yang dibelinya dan mereka semua berpesta makan filet ayam pada hari itu. 

Sikap bantu-membantu yang sangat manis di kalangan jiran-jiran.

Namun, tidak semua hidangan filet ayam dapat dibeli dengan beberapa penunggang FoodPanda mengembalikan pesanan ke restoran asal. 

Mungkin pada masa akan datang, kanak-kanak ini menjadi trauma untuk memesan makanan menggunakan aplikasi penghantaran dalam talian, dan melihat abang FoodPanda di jalanan atau di kejiranannya, selepas insiden memesan makanan yang hanya satu itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular