Untuk menyaksikan warga emas yang terpaksa hidup dalam kesusahan sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Naluri empati manusia dengan serta-merta akan dijentik dalam kesayuan.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman video seorang pemuda datang ke arah sebuah beca yang dilitupi dengan plastik besar. Namun apa yang ditemui di dalam beca itu sememangnya tidak disangka-sangka.
Dikongsikan oleh laman GEGAR di laman Facebook pada 27 November, seorang pemuda dilihat menemui seorang pak cik yang dikatakan sudah mencecah umur 70 tahun yang tinggal di dalam beca usangnya di kaki jalan raya.
Kejadian dipercayai berlaku di bandar Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi video berdurasi 2:00 minit itu, pemuda itu pada mulanya memberi salam kepada pak cik yang berada di dalam beca berkenaan sebelum bertanyakan sama ada pak cik itu sudah mengisi perutnya.
Difahamkan, pemuda itu cuba untuk membuka plastik yang menutupi becanya dan memberikan sebungkus nasi dan sebotol air kepada pak cik itu. Namun, mungkin disebabkan pak cik itu sedang tidur sebelumnya, maka pemuda itu hanya menyampaikan bekalan makanan tersebut kepada pak cik yang malang itu tanpa membuka sepenuhnya plastik yang menutupi beca usang itu.
Pada abad ini, memang sungguh tidak disangka-sangka bahawa masih lagi ada golongan warga emas yang dibiarkan hidup sebatang kara, apatah lagi hidup berseorangan di dalam beca usangnya di tengah-tengah bandar.
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 52,000 tontonan, 52 perkongsian dan 54 komen daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa empati mereka terhadap pak cik berkenaan.
Diharapkan, selepas video ini mendapat perhatian ramai, nasib dan kehidupan pak cik ini boleh berubah dan ada pihak yang akan muncul menawarkan bantuan kepadanya.
Maybe you're interested :
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Konsulat China beri tekanan kepada syarikat teater luar negara untuk membatalkan persembahan Shen Yun